Cara Menjana RM100,000 Setiap Tahun Dalam Bisnes Apa Pun

March 23, 2017
RM100,000 setahun cukup untuk sesetengah orang, malahan lebih dari cukup. Nilai RM100,000 ni cukup besar malah, ianya mengalahkan gaji pegawai tinggi dalam sektor tertentu.

PENGENALAN
Saya tertarik dengan penulisan Tim Ferris yang berjudul "1000 True Fans". Beliau mengatakan, untuk menjana 100,000 setahun, hanya memerlukan 1000 orang peminat setia sahaja.

Saya, Luqman Mikhail, mengimprovisekan idea ini untuk dunia perniagaan di Malaysia. :)

Penjelasannya adalah lebih kurang macam ni:
Untuk menjana RM100,000, kita perlu mendapatkan RM100 daripada 1000 orang
1000 orang ini pula adalah peminat setia kita, orang yang suka kita, dan suka apa yang kita buat

KONSEP
Katakanlah, kita ni dropshipper, atau agen atau stokis sekalipun, menyasarkan untuk mendapatkan pendapatan RM100 daripada seorang pelanggan bukanlah sukar. Jangan sebut sukar dulu. Baca sampai habis.

  • ➤ Kebiasaannya, kita boleh mendapat pulangan RM40 keatas per jualan produk dalam sekali jualan. (Yang di bawah nilai ni, kena double tripple kan usaha.)
  • ➤ Ini bermakna, kita perlu menjual dalam 3 kali kepada pelanggan sama dalam setahun.
  • ➤  3 kali, dalam setahun. Possible, kan? Setiap tiga bulan, jual sesuatu.
  • ➤ Anda mungkin berfikir, macamana nak buat jualan 2-3 kali kepada pelanggan sama?
  • ➤ Benda ni kita namakan Follow Up.

FOLLOW UP
Mohon jangan salah sangka dengan menganggap "follow up" ni hanya untuk mengejar balik prospek yang tak respon kepada mesej kita.

Follow up ni boleh jadi kepada orang yang dah beli produk dari kita sebelum ni juga.

Istimewanya follow up kat pelanggan sedia ada:

  • ➤ Orang yang dah keluar duit beli produk dari kita, dia dah ada TRUST kat kita.
  • ➤ Masalah trust kita dah selesaikan. Sekarang ni ialah selesaikan masalah pelanggan yang kita ada ni sahaja.
  • ➤ HARUS INGAT, masalah pelanggan kita ni tak pernah selesai.
  • ➤ Jika produk kita jenis mudah habis, lagilah kita kena jaga pelanggan kita. Contohnya supplement atau produk kecantikan yang perlu topup setiap beberapa waktu. (MASALAH produk habis.)
  • ➤ Jika produk kita jenis “sekali pembelian sahaja”, kenalpasti produk yang selari dengan yang kita dah jual. Contohnya dia beli iphone, mungkin kita boleh jual dia charger 3 meter pula, atau casing cantik ke, powerbank ke. (MASALAH perlu aksesori berkaitan.)
  • ➤ Tahun depan, jual iPhone versi baru kat pelanggan ni. Iphone ni kerap upgrade. 
  • ➤ Buat sampai dapat RM100 daripada setiap seorang, dalam setahun.

PENJAGAAN
Bila difikirkan, macam mana nak jaga pelanggan yang dah membeli daripada kita. Bukannya kita ada benda nak dikongsikan setiap hari.

  • Jangan silap, ada banyak yang boleh dilakukan seperti:
  • ➤ Free Gift.
  • Boleh jadi dalam bentuk ebook, atau buku under sale daripada PTS. (Untuk anak pelanggan kita)
  • ➤ Doa.
  • Kita boleh share doa pada hari-hari penting, ucapan syukur, ucapan Raya dsb. Yang penting dia ingat kita.
  • ➤ Tips.
  • Yang dah beli tudung daripada kita. Tips pakai tudung. Tips jaga kualiti kain tudung. Tips iron tudung, basuh tudung dsb.

1000 ORANG PEMINAT SETIA
Jumlah 1000 ni mungkin agak besar bagi sesetengah orang nak capai. Namun, harus diingat, 1000 orang ini sebenarnya bermula dengan nilai 1. 1 orang manusia sahaja.

  • ➤ Jaga 1 orang ni baik-baik.
  • ➤ Jika layanan anda gred A, dia mungkin akan promosikan bisnes anda kat kenalan dia.
  • ➤ Macam jual insurans, ingat orang kaya takde kawan ke? Family member ke? Macam tu lah kiranya. Tone Excel pun sama.
  • ➤ Dapat orang kedua, buat benda sama.
  • ➤ Pelan-pelan kumpul 1000 anda dari nilai 1.

BONUS BERGANDA
Tak kiralah bos anda pailang anda, stokis pailang dropshipper seperti anda ke, anda tetap akan dapat bangkit dengan 1000 orang ni.

  • ➤ Anda boleh START BISNES BARU dengan 1000 orang ni sahaja
  • ➤ Anda tak perlu takut persaingan kerana 1000 orang ni akan confirmkan anda tetap maintain RM100,000 setiap tahun kecuali kematian dsb yang tak dapat dielakkan
  • ➤ Jika anda boleh maintain 1000, kenapa tak doublekan jadi 2000, 3000 pula. Kan?
  • ➤ Jika anda seoran gboleh maintain banyak tu, kenapa pasangan anda tak boleh maintain lagi tambahan 1000, 2000, 3000 yang lain
  • ➤ Jika anda dah jaga 3000 orang kononnya, tak hairan boleh diwariskan kepada anak-anak anda.
  • ➤ 3000 orang ni pula akan wariskan kepada kenalan-kenalan, saudara-saudara sehinggalah anda mungkin dapat jaga 1 juta orang. InsyaAllah.

KESIMPULAN
Jika anda boleh survive dengan RM100,000 setiap tahun maka pertimbangkan idea ini
  • ➤ Follow up pelanggan yang dah lama sepi
  • ➤ Jaga baik-baik yang ada dalam tangan
  • ➤ Simpan 1000 orang.
  • ➤ Jika RM100,000 anda boleh dapat, berapalah sangat RM10,000 untuk kos free gift semasa hari jadi mereka kan?

D. PENAMAT
Sekali lagi, saya Luqman Mikhail, mendoakan yang terbaik untuk bisnes anda.
Juga,
Saya galakkan anda menonton filem Tom Cruise, Jerry Meguire 1996 untuk intipati sebenar penulisan ni.

Klik SHARE jika belajar sesuatu. :)

No comments:

Powered by Blogger.