"Nanti Saya Tanya Tunang Saya" - Close Sales

March 23, 2017


Jumpa masalah ni dalam group yang saya sertai, prospek beri jawapan tipikal kepada seller berkenaan.

Post dan respon saya sebelum ini untuk masalah lain telah didelete oleh mod group berkenaan.

Just to be safe agar ilmu sentiasa dikongsi, saya share respon saya kat sini untuk masalah prospek beri jawapan "nanti saya tanya tunang saya.".

Harap membantu.

Subjek: Penjual Pakej Gambar Kahwin.
Masalah: Prospek beri jawapan, "nanti saya tanya tunang saya."
Nota: Banyak kes wujud di mana prospek mengelat, dengan memberi jawapan "nanti saya tanya suami/ bos saya dulu" dsb. Untuk close sale, kita kena pastikan masalah sebenar prospek. Jika respon kita tepat, kita boleh close sale pada hari yang sama juga.

Ini jawapan saya dalam komen (saya edit sedikit supaya bersesuaian dengan page ni):
👇👇👇👇👇👇
Saya tak jelas dengan apa yang ditawarkan. Saya agak pakej gambar kahwin.
Ni antara skrip yang saya boleh comes up.

1. "Nanti saya tanya tunang saya"

"Oh. Boleh. Sebelum tu nak tanya, katakanlah jika keputusan di tangan cik seorang, cik setuju tak dengan pakej yang kami tawarkan ni?"

Jika dia kata Ya. Balas: "Alhamdulillah. Nanti semasa cik beritahu tunang cik, boleh tak includekan tiga benda ni: Kami akan beri: bonus 1, bonus 2, bonus 3. Boleh kan?"
Lepas tu balas je ikut respon dia.

Dia dah suka. sekadar kita up point untuk dia close sale dengan tunang dia pulak.

Jika dia kata Tidak. Balas: "I see. Sekadar nak tahu, pakej macamana yang cik nak cari ye?"

Korek lagi apa sebab dia tak nak. Harga? Pakej kita tak menarik? Then respon n respon sampai dia rasa best nak deal dengan kita.

2. "Nanti saya tanya tunang saya"
"Oh, boleh. Terima kasih banyak2 sebab pertimbangkan pakej ini dengan tunang cik. By the way, katakanlah keputusan di tangan cik, apa yang cik nak kami tambah supaya cik ambil pakej yang kami tawarkan ini?

Dengarkan apa dia nak. Close bila apa dia nak tu kita boleh tawarkan.
Contoh 1, "Saya cari harga around RM2000."
Balas, "I see. Jika kami boleh bagi harga RM2000 tu, cik setuju tak untuk beli pakej kami hari ni?"

Contoh 2, "Saya nak pakej gambar yang lebih banyak sebenarnya."
Balas, "I see, jika photographer kami boleh tawarkan jumlah gambar yang cik nak tu, cik setuju tak untuk beli pakej kami hari ni?"

Nota akhir:
Sentiasa akhiri perbualan dengan soalan supaya dia beri respon.

Soalan2 tu pula, gunakan untuk kenal pasti masalah sebenar prospek. Dapat selesaikan. Close Sale.

Klik #SHARE jika mendapat apa-apa ilmu di sini.

No comments:

Powered by Blogger.