Apakah Cara Untuk Mengelakkan Masalah Iklan Yang Sebelum Ini Berkesan, Kini Sudah Tak Ada Respon?

April 13, 2017


APAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN MASALAH IKLAN YANG SEBELUM INI BERKESAN, KINI SUDAH TAK ADA RESPON?

Pernah tak dengar cerita budak yang asyik menipu orang kampung tentang serigala datang?

Saya ceritakan semula.

Seorang budak lelaki bernama Peter tinggal bersama-sama ibu bapanya di sebuah perkampungan berdekatan bukit. Ibubapanya, seperti juga orang lain adalah penternak biri-biri. Mereka akan bergilir-gilir unguk mengembala biri-biri ini, dan apabila Peter berusia 10 tahun, dia dirasakan cukup dewasa untuk mengembala.

Namun, si Peter ni sangat mudah merasa bosan, dan dia merasakan ianya agak memenatkan untuk berada di atas bukit bersama biri-biri sahaja. Jadi, dia bermainlah panjat-panjat pokok, lompat antara batu, mengejar biri-biri, namun tiada yang dapat memberikannya keterujaan yang panjang. Kemudiannya, dia terfikir satu idea hebat.

Dia memanjat pokok paling tinggi kemudian menjerit kearah kampung,

"Serigala! Serigala! Seriiiigalaaaaa! Seriiiigaalaaaaa!"

Salah seorang penduduk kampung terdengar teriakannya, mendapatkan penduduk yang lain, bersama kapak, cangkul dan sebagainya, berlari ke arah kawanan biri-biri tadi. Sudah tentu, apabila tiba di sana, mereka dapati Peter duduk di dahan pokok tinggi tadi, ketawa dan biri-biri tadi sedang seronok menikmati rumput hijau di sana.

Mereka rasa tertipu. Malamnya, ibu Peter merotannya dan dia disuruh pergi tidur tanpa makan malam sebagai denda.

Untuk seketika, segalanya kembali normal dan orang kampung sudah melupakan kejadian tersebut. Peter berjaya mengawal kenakalannya apabila gilirannya mengembala tiba. Namun, pada satu hari, sekali lagi dia merasa sangat bosan.

Dia mengambil beberapa batang ranting, dan berlari kearah biri-biri sambil memukul ranting-ranting berkenaan, menjerit,

"Serigala! Serigala! Seriiiigalaaaaa! Seriiiigaalaaaaa!"

Seseorang di kampung itu mendengar jeritan Peter, dan seketika kemudian beberapa orang kampung berlari memanjat bukit lengkap dengan kapak, cangkul dan sebagainya, untuk menyelamatkan biri-biri mereka juga si Peter. Bayangkan perasaan mereka apabila mereka dapati biri-biri mereka sedang makan dengan gembiranya dan Peter berbaring di atas batu sambil ketawa terbahak-bahak.

Malamnya, sekali lagi Peter dirotan oleh ibunya dan disuruh tidur tanpa makan malam. Untuk beberapa hari orang kampung bercakap tentang Peter dan penipuannya, dan tidak lama semuanya reda dan kembali normal, malah Peter kembali dengan pekerjaan mengembalanya. Kali ini dia memutuskan untuk mengawal dirinya, dia benar-benar tidak ingin merasa lagi dirotan oleh ibunya.

Kemudian, satu petang apabila Peter di padang rumput bersama biri-biri, dia perasan yang sebahagian daripada biri-birinya kelihatan tak selesa, seakan resah dan berlari tak tentu arah. Peter tak tahu apa yang menyebabkan biri-biri tersebut bertindak sedemikian, jadi dia memanjat sebatang pokok untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya.

Dia mengimbangkan badannya di atas dahan, dan melihat sekeliling dan alangkah terkejutnya dia, seekor serigala berbadan besar, sedang mengejar biri-biri tersebut, menggigit kaki mereka, menerkam ekor mereka. Untuk seketika, Peter tergamam dan kaku. Dan kemudiannya, dia berteriak,

"Serigala! Serigala! Seriiiigalaaaaa! Seriiiigaalaaaaa!"

Di dalam kampung, seorang pak cik tua mendengar jeritan tersebut.

"Oh tidak, Peter lagi lah tu', katanya sambil menggelengkan kepada. "Apa yang berlaku?" Tanya penduduk yang lain. "Si Peter, tak dapat tahan dirilah tu".

"Budak tu nak perhatian sangat"'kata penduduk yang lain lagi. "Tunggulah ibunya mendenda dia nanti", kata yang lain pula.

Tiada siapa percaya bahawa sebenarnya ada seekor serigala besar, dan tiada seorangpun mengeluarkan kapak mereka, cangkul mereka kali ini. Mereka sekadar melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa dan membiarkan saja jeritan Peter.

Lewat petang, budak lelaki yang perlu mengggantikan Peter untuk mengembala mendapati yang biri-biri mereka telah mati dan Peter berada di atas pokok menangis. Kini, tahulah penduduk kampung yang memang tadi benar ada serigala.

Begitulah kisahnya Peter, mengulang-ulang penipuan yang sama dan akibatnya orang jadi tak percaya, bosan dan lali dengan kerenahnya, dan mengabaikan dia lalu membawa kepada akibat yang dahsyat.

Moral kisah di atas sebenarnya adalah jangan menipu, namun, terdapat moral lain yang kita boleh dapat juga.

Moral ini akan menjawab persoalan kita pada kali ini:

MENGAPA IKLAN YANG BOLEH DAPAT RIBU-RABAN SELAMA INI, DAH TAK ADA RESPON?

Merujuk kisah di atas, orang kampung telah jadi lali dengan perbuatan berulang Peter dan akhirnya mengabaikan dia.

Iklan kita juga begitu.

Jika iklan kita sama sahaja, orang mudah lali dan akhirnya mengabaikan kita.

Sebab itu kita digalakkan untuk menghasilkan iklan berlainan dan ini adalah panduan untuk kempen iklan anda.

1. Pastikan anda sudah ada AVATAR untuk perniagaan anda.
2. Buat iklan LIKE MARKETING, sasarkan kepada audience sasaran anda merujuk kepada AVATAR.
3. Setelah mencapai jumlah like yang agak banyak, mulakan kempen iklan menjual anda.
4. KEMPEN merujuk kepada beberapa siri iklan, dan bukan satu iklan sahaja.
5. Mengapa lebih dari satu iklan, kerana anda ingin mengelakkan masalah prospek bosan, lali dan menyampah terhadap iklan anda.

CARA UNTUK MEMPELBAGAIKAN IKLAN

Sila buat iklan-iklan ini, dan halakan kepada LIKERS anda.
i. Iklan bercakap tentang manfaat produk
ii. Iklan bercakap tentang testimoni produk
iii. Iklan bercakap tentang harga produk
iv. Iklan bercakap tentang keberkesanan produk
v. Iklan bercakap tentang authoriti produk (keluar akhbar dsb)
vi. Iklan bercakap tentang promosi terhad anda

Sasarkan semua iklan ini kepada LIKERS anda, jangan serentak, selang-kan dalam sehari dua atau dalam kes terdesak, selang beberapa jam

Buatkan mereka teringat akan produk anda setiap kali, namun dari peluru-peluru berbeza

Cara ini akan dapat mengelakkan masalah bosan, lali dan menyampah MALAH mereka akan sentiasa teringat akan produk anda.

Jadikan PROMOSI/ OFFER MELELEH sebagai iklan terakhir.

PROMOSI sentiasa diletakkan dalam bahagian terakhir kerana ia bersifat URGENCY, SCARCITY, MENDESAK.

PROMOSI tidak harus diletakkan awal kerana pelanggan belum terdidik lagi tentang produk anda.

KESIMPULAN
Elakkan daripada menggunakan satu jenis iklan sahaja untuk kempen pemasaran anda.

Didik prospek anda tentang produk terlebih dahulu sebelum anda menjual.

Dapatkan ebook Gugel Jer untuk mendapatkan ilmu seperti di atas secara percuma.

No comments:

Powered by Blogger.