Cara Nak Dapat CPE Murah Di Facebook?

April 05, 2017


CARA NAK DAPAT CPE MURAH DI FACEBOOK?
'Engagement' kat Facebook ni antaranya adalah LIKE, SHARE, KOMEN dan seangakatan dengannya.
.
'Cost Per Engagement' ini pula mewakili kos bagi setiap engagement yang berlaku. Disingkatkan dengan huruf CPE.
.
Katakan ada yang LIKE iklan kita, sudah satu engagement.
.
Katakan ada yang SHARE post iklan kita, sudah berlaku satu engagement.
.
.
Katakan ada seorang perempuan bernama AMINAH. Dia baru ternampak iklan anda, iklan tudung.
.
Aminah LIKE, SHARE dan KOMEN.
.
Maka, berlaku TIGA Engagement kat situ dan bagi setiap satunya dikenakan caj.
.
Katakan CPE kita adalah RM0.20, maka untuk Aminah seorang, sudah memakan kos RM0.60.
.
.
Ada yang kata ini mahal, jika boleh, cuba dapatkan CPE RM0.008 ke bawah.
.
Sebaliknya, ada pula yang kata ini tak ada apa-apa, asalkan boleh dapat ROI tinggi, RM1 pun tak kisah.
.
.
Secara jujur, kos rendah tu siapa-siapa pun nak. Even master sifu dari Gunung Daik Bercabang Tiga sekalipun nak juga CPE rendah. Cuma, bila tak dapat, dia takdelah menangis bucu katil dan rasa nak mati. Biasanya dia akan be positive, cakap je, "takpe ROI aku tinggi".
.
Cuma, tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah. Ia sekadar mengelak dan masalah akan kekal wujud even kepada sifu ini, juga kepada pengikut2nya.
.
Sekadar nasib baik jika ROI tinggi. Jika dapat ROI rendah? Siapa nak jawabkan?
.
.
So, mari kita kaji sedikit tentang punca masalah dan contoh penyelesaian.
.
1. Audience Salah
Katakan iklan kita dihantar kepada orang yang tak tepat, engagement kat situ akan jadi sia-sia. Tak kira ia warga asing atau kepada Malaysian sekalipun, jika mereka bukan golongan pembeli produk kita, tak ada maknanya. Contoh, iklan produk besarkan badan, sampai kat semua orang yang nak ramping - memang susahlah kan? So, make sure anda target audience dengan betul. Rujuk avatar anda.

2. Satu Gambar
Gambar awek cun, orang akan suka respon. Bila orang klik kat gambar, sudah berlaku satu engagement. Katakan dalam sehari, budget RM10, ada 100 engagement klik pada gambar sahaja, RM10/100 maka CPE adalah RM0.10. Nak lagi murah, kenalah up lagi banyak gambar! Katakan 100 orang tadi, engage kat 40 gambar iklan kita, RM10/(100x40) maka CPE adalah around RM0.0025.

3. Call To Action
Kadang-kadang, kita letak CTA 'wassap ke nombor XXX' ini. Orang dah tak engage dengan iklan kita, sebab dia direct whatapp. Dia tak komen, dia tak like, dia direct whatsapp. Kos per engagement akan tinggi.
Sebaliknya, jika kita letak CTA 'komen PM di bawah', 'komen NAK' dan sebagainya, orang yang memang nak akan komen. Semakin ramai orang komen, semakin murah CPE. 
Paling tragis bila tak ada CTA langsung.

4. Iklan Buruk
Iklan copy paste, iklan buruk tak kemas, iklan hampir tak jelas apa dijual adalah antara penyebab sesuatu CPE itu tinggi. Orang tak berani nak engage, atau orang tak ada hati nak engage kat iklan berkenaan. Jika ada yang bersemangat waja, mungkin dia akan baca iklan buruk berkenaan dan engage. Jika dia jenis bersemangat waja membaca dan dapati tawaran anda buruk, dia tak engage. So, baiki penulisan iklan anda. Orang kata ayat iklan/ copywriting/ cw.

5. Audience Sikit
Jika anda buat iklan, sila pastikan potential reach anda tinggi/ reach harian tinggi. Jika reach anda rendah yang amat rendah, potensi engagement anda dapat juga akan sikit - dan ini membawa kepada nilai CPE tinggi.
Biasanya, orang akan up budget untuk dapatkan reach tinggi tapi ianya terpulang kepada anda. Bisnes anda, keputusan anda.
.
.
Cukup setakat ini kupasan mengenai CPE. Ada banyak lagi yang boleh diperkatakan tapi post ini cukup untuk membuka mata kita.
.
KESIMPULAN
Nak CPE rendah bukanlah bergantung pada nasib, nak ROI tinggi pun sama. Ada fizik dan matematik di sebaliknya. Cuma anda kena fahamkan betul-betul dan perbaiki iklan anda untuk mencapai matlamat berkenaan.
.
P/S Sebagai manusia, apa yang aku kongsikan ini bukan muktamad.
Jika salah tolong perbetulkan.
Jika ada nak ditambah tolong tambahkan.
Jika bermanfaat, mohon SHARE untuk kebaikan manusia yang lainnya.

No comments:

Powered by Blogger.