Apa Untuk Kau?

May 20, 2017
Apa Untuk Kau?

Pernah tak kau terfikir yang kadang-kadang kau tak dapat benda yang orang lain ada tu, disebabkan kau yang decide untuk dapat setakat apa kau layak sahaja?

Sebagai contoh, kau tak ada kelulusan tinggi jadi kau rasa kau tak layak dapt gaji RM3000+ keatas.

Atau kau rendahkan lagi kelayakan kau, kau letak kadar gaji layak untuk diri kau adalah RM1800?

 
KISAH DULU-DULU
Aku pernah hadiri satu interview. Gaji ditawarkan RM2000-RM3000. Aku hadiri temuduga tu, dan aku ditanya berapa gaji aku nak.

Aku cakap, ikut kelayakan dan kebolehan aku, aku nak gaji RM5000. Tukang interview tu cakap, boleh bagi RM5000 tapi kena buktikan pencapaian dulu.

Aku dapat gaji maksimum RM3000 tu, menewaskan pesaing-pesaing yang mana sekolah mereka lebih tinggi daripada aku.

Itu kisah dulu.

 
APA KAU KENA BUAT?
Kau sebenarnya boleh menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang ni. Cumanya, kau kena treat diri kau selayaknya orang yang layak dapat benda-benda best.

Contohnya, kau kerap kurang tenaga.

Jika sebelum ini kau malas senaman, maka badan kau akan mengemuk dan lama-lama kau jadi malas. Bila badan kau malas, otak pun ikut malas, kau akan jadi tak ada tenaga.

Kalau kau treat diri kau untuk sentiasa dapat the best, kau akan ubah gaya hidup kau. Kau akan start exercise dulu. Mulai dari senaman ringan untuk membiasakan otot.

Perlahan-lahan kau akan lebih sihat dan cerdas untuk buat macam-macam benda kau tak terbuat sebelum ni.

 
PELUANG YANG KAU MUNGKIN TERLEPAS
Kau sebenarnya boleh kaya.

Tapi kau limitkan diri kau dengan memalaskan diri untuk belajar. Kalau pekerjaan impian kau perlu kau mahir speaking, ambil kelas speaking.

Kalau pekerjaan kau perlu kau close sale, kau belajar close sale. Kalau kau perlu banyak sale, belajar selling.

Tingkatkan ilmu.


AKU INGIN BERJAYA, AKU LAYAK BERJAYA!
Sentiasa tinggikan nilai untuk diri kau.

Kalau dulu kau rasa kau hanya layak duduk rumah sewa, fikirkan bahawa selepas ini kau layak duduk rumah Banglo.

Kalau dulu kau rasa kau boleh drive kereta kancil sahaja, fikirkan lepas ni kau ada driver yang bawa kau dalam BMW, Mercedes.

Bila kau fikir kau layak untuk dapat semua tu, kau kenalah usaha setimpal dengan apa yang kau layak tu.


NASIHAT

Jangan sesekali kau bertimbangrasa dengan kemalasan kau. Jangan sesekali bertimbangrasa dengan kedekut nak tambah ilmu. Jangan seseklai bertimbangrasa dengan usaha sekerat jalan kau tu.

Diri kau layak untuk BERJAYA.

Diri kau layak untuk jadi paling hensem/ cantik.

Diri kau layak dapat layanan terbaik bukan saja dari kau, tapi orang-orang sekeliling kau.

Dan kau TIDAK akan bertimbangrasa dengan perkara-perkara yang akan menjatuhkan nilai diri kau.
 
Kau TIDAK akan bertimbangrasa lagi dengan "ala, baca gosip artis sekejap je"

Kau tidak akan bertimbangrasa dengan mensia-siakan hayat kau untuk perkara sia-sia.

Cuba kau tengok cermin, Kau tengok wajah kau dalam cermin tu, Kau renung dalam-dalam.

Kau cakap kat dia (diri kau dalam cermin tu), 
Kau layak dapat lebih dari yang kau ada hari ni.

Kau layak untuk jadi lebih baik dari kau yang sekarang ini.

Aku akan buat kau jadi lebih baik dari yang hari ini, setiap hari.

Apa yang kau fikirkan layak untuk kau, maka itulah untuk kau.

No comments:

Powered by Blogger.