Teknik Close Sale Jual barang Mahal RM1000++ Part 2

May 17, 2017
Teknik Close Sale Jual barang Mahal RM1000++ Part 2



Kau mesti pernah dengar tips di mana kalau prospek kata produk kau mahal, kau gunakan testimoni pelanggan lain yang kata harga kau tu berbaloi untuk kuatkan argument nilai produk kau tu.

Teknik ni tak salah, boleh guna, tapi kau still kena fikir, KAU BUKAN SEORANG.

Melainkan produk kau satu-satunya, dan kau satu-satunya penjual produk tu, maka tak mengapa - keep on doing it.

TAPI, jika kau ada pesaing - tak kira antara produk, atau bersaing dengan stokis atau agen lain, maka kau kena improve teknik close sale kau.

Tak yakin? Saya bagi contoh kes. Produk: Iron Ohsem (Seterika)

KES 1
Kau agen, kau jual seterika tu pada harga RM1000+
Stokis menggila diam-diam, dia jual RM800
Lazada yang boleh beli bulk, dia jual RM500

Kau masih nak guna stail close sale, bertahan dengan harga berbaloi kau tu?

Mungkin kau tak yakin lagi, jadi kau kena tengok kes 2

KES 2
Prospek datang tempat kau, then dia cakap "mahallah kak"

Kau tunjuk testimoni pelanggan yang mengatakan harga RM1000+ tu berbaloi. Pung pang, pung pang kau kena pujuk dia untuk beli pada harga tu juga. KALAU KAU BERTUAH, dia akan setuju dengan harga kau.

KALAU PROSPEK TU JENIS BERKIRA DENGAN RM1000+, dia mungkin akan survey harga. Kalau dia jenis survey harga, dia cari dan jumpa pula pesaing kau yang bagi dia nilai RM5000 untuk seterika RM1000+ tu, jangan tanya mengapa dia senyap even kau followup dia sejuta kali.
Nasihat:
Kau kena faham, ada orang yang beli barang mahal bukan sebab dia nak barang berkualiti, dia nak "the best offer". Kau kena faham juga, ada orang survey barang esp bila keluar duit banyak.

KES 3
Prospek datang tempat kau, kau tekankan nilai dengan testimoni pelanggan lain. Pung pang, pung pang Dia bersetuju dengan kau dan beli.

Dua hari kemudian, kilang turunkan harga sebab harijadi boss. Dia terjumpa harga dah RM800+, dia janji pada diri dia, jangan beli produk lain dari kau lagi.

Sanggup kau tawar dia RM1000+ dan dua hari kemudian, dia terasa rugi RM200. Dia sangkakan kau gila komisyen, tipu dia, sembunyikan pasal akan ada diskaun - sedangkan bukan itu kes sebenar. Tapi dia tahu apa.

Sebulan kemudian, kawan dia nak beli seterika RM1000+ serupa, sebab syok giler dia tengok pelanggan kau tu macam potong sayur seterika baju.

Kau rasa pelanggan kau akan buka mulut untuk rekomenkan kau?

BAYANGKAN SITUASI BERKTUKAR,
Kau ikut strategi yang dijelaskan dalam Teknik Close Sale Jual barang Mahal RM1000++ Part 1.

Dia dapat nilai RM5000 untuk seterika RM1000+ tu bila beli daripada kau.

KES 1
Pesaing turun harga, prospek tetap beli dari kau sebab dia dapat the best offer. Dia mungkin tak yakin dengan Lazada yang tawar harga murah gila.
Dia mungkin tertarik dengan harga stokis, tapi dia dapat nilai RM5000 daripada kau sorang berbanding nilai RM800 dari stokis. InsyaAllah, dia akan pilih kau.

KES 2
Dia dah jumpa tawaran kau, nilai RM5000 untuk seterika RM1000+ tu.  Dia pergi survey penjual lain, dia dapati hanya kau yang memberi dia nilai RM5000. Yang lain beri nilai RM1000+ sahaja. InsyaAllah dia akan cari kau balik.

KES 3
Dia dah beli dari kau pada harga RM1000+ tanpa banyak songeh sebab dia dapat nilai RM5000. Tiba-tiba esoknya anak kucing boss kilang beranak dua, ada diskaun 20% untuk seterika jualan kau.

Pelanggan kau perasan tapi dia peduli apa, dia dapat nilai RM5000, setakat 20% diskaun is nothing.

Tersebutlah kisah, kawan pelanggan kau nampak pelanggan kau siap berjoget masa iron baju. Dia pun berminat nak beli saterika serupa, yang RM1000+ tu.

Secara psikologi, orang nak dianggap baik. Pelanggan kau takkan biarkan kawan dia mencari seterika berkenaan dan dapat nilai RM1000+.

Cuba kau teka dia akan rekomen siapa untuk seterika RM1000+ macam yang dia dah beli??

Jawapannya - KAU.

Inginkan lebih banyak lagi ilmu Close Sale? 
Dapatkan Gugel Jer hari ini.


No comments:

Powered by Blogger.