Logik Vs Emosi

May 16, 2017
Logik Vs Emosi


Berjual Produk ni bukan ikut LOGIK. Kalau ikut LOGIK, memang tak jadilah.

Jualan biasanya berlaku disebabkan emosi.

Sebagai contoh, tudung.

Ada berlambak tudung kat dunia ni, mengapa tudung XYZ juga perempuan beli. Harga dahla mahal. Design pula ada sedikit copy design luar negara.

Ada tudung jauh lagi cantik dijual pada harga murah. Tapi, mengapa ramai nak beli tudung XYZ yang mahal gila-gila ni?

Kau tahu sebab apa? Sebab EMOSI.

Ikut logik memanglah mahal dan boleh saja beli tudung murah yang much better. Namun emosi dah mengatakan yang tudung XYZ ni mesti beli sebab hati dah suka, imej kena jaga. Nanti bila orang tanya, mengapa beli XYZ, masa nilah logik akan digunakan. Dia beri seribu alasan mengapa dia membeli tudung XYZ.

Konon sebab logiknya ikut peredaran zaman - trend dsb.
Logiknya sebab kain tudung tu sebenarnya lebih berkualiti.
Logiknya tudung tu nampak cantik sangat di mata dia.

So, bila kau nak menjual produk, jangan fikir sangat logik apa yang boleh buat pelanggan beli produk kau. Sebaliknya, fikir - emosi apa kau boleh jentik untuk dia beli produk kau.

Dia bukan perlu iPhone sangat sebenarnya, dia nak dikatakan ada duit je.

Dia bukan perlu baju baru pun, dia just tak nak dikatakan asyik guna baju sama.

Dia tak matipun majlis kahwin murah-murah, dia just tak nak kawan-kawan dia tengok dia serba kekurangan je.

Dia tak perlu tupperware pun, yang lama masih ada, tapi dia tak nak hidang tupperware design lama masa Raya nanti.

No comments:

Powered by Blogger.