Masih Ada Masa

May 30, 2017
Masih Ada Masa



Salam Ramadhan 1438H buat semua pembaca. Sampah-sampah tak nak baca ya. :)

Dale Salwak, di dalam karyanya berjudul 'Teaching Life: Letters from a Life in Literature' ada menulis ayat ini:
"If you put off your pursuit of knowledge for a suitable moment, that moment will never come. If you delay a task until conditions are favorable, favorable conditions will never arise."

Maksudnya lebih kurang begini:
Jika kau simpan dulu niat kau untuk menambah ilmu menunggu satu masa yang sesuai, 'masa yang sesuai' tu takkan datang.

Jika kau menunda satu tugasan sehingga keadaan mengizinkan, 'keadaan mengizinkan' itu takkan muncul.
Ada orang yang nak berniaga, tapi dia asyik kata dia tak ada masa nak belajar. Dia nak tunggu masa tenangla, masa cutila dsb. Namun, sampai sekarang dia tak pandai-pandai lagi berniaga.

Dia boleh saja belajar FB marketing melalui Like Method atau Gugel Jer. Dia sekadar cari satu ruang yang dia boleh tonton/ baca 1 panduan jika betul tiada masa. Contohnya, masa dia tengah sarapan pagi. Atau masa dia tengah menunggu orang lain menggunakan bilik mandi.

Dia boleh sahaja belajar Google Adwords daripada Adwords Method atau Gugel Jer. Dia sekadar tonton/ baca 1 panduan masa dia rest kat pejabat. Atau masa dia lunch. Atau masa dia tengah duduk tunggu mak sediakan makan malam.

Dia boleh belajar satu benda setiap hari berbanding dia nak cari masa sesuai untuk menonton habis satu modul teknik close sale dengan Gugel Jer. Masa sesuai tu takkan muncul-munculpun.

Dia boleh kuasai 1 ilmu authority branding melalui Gugel Jer dalam 15 minit ketika dia menunggu bas/ train ke tempat kerja tapi dia kata dia tiada masa. Dia ada masa, hati dia yang mengatakan tiada masa.

Dia boleh fahami satu sirah ketika dia baring-baring bakal nak lelapkan mata dengan Gugel Jer. Tapi dia pilih memori terakhir sebelum tidur ini diisi dengan satu drama Facebook tentang seorang awek lapar tapi memilih untuk posting kelaparannya kat FB pula dulu berbanding masak maggi 2 minit.

Jika kau berniaga, atau kau masih belajar atau apa saja pekerjaan kau kini - jangan jadikan alasan 'tiada masa' menempatkan kau di posisi sukar di masa hadapan.

Belajarlah tentang berniaga/ tentang pelajaran/ tentang agama. Gunalah Gugel Jer.

Belajarlah tentang ASB atau unit trust untuk simpanan masa depan. Gunalah Gugel Jer.

Belajarlah tentang pelaburan emas/ perak untuk simpanan sekarang. Gunalah Gugel Jer.

Belajarlah untuk mengatakan 'ada masa' bagi setiap kali kau ingin menambah ilmu/ ada tugasan. Gunalah mulut kau untuk ucapkannya. :P

No comments:

Powered by Blogger.