Teknik Close Sale Jual barang Mahal RM1000++ Part 1

May 16, 2017
Teknik Close Sale Jual barang Mahal RM1000++ Part 1

Bila difikirkan, produk RM100 pun susah gila nak close, inikan pula produk atas RM1000.

So, macam-macam teori menyusul. Ada yang kata kena ubah copywritingla, headline kena menarikla, interest tak tepatla. Semua poin tu mungkin ada betulnya, tapi itu minoriti.

Satu cara yang boleh membantu kau nak close sale produk RM1000 ni adalah dengan menjadikan produk RM1000 kau tu produk murah.

Seriously, jadikan produk RM1000 kau ni produk murah.

Jangan salah faham. Bukan maksudnya kau kena turunkan harga produk RM1000 kau tu.

Tapi kau yakinkan kepada emosi prospek kau yang produk kau murah giler sampai dia rasa bodoh tak beli produk RM1000 kau.

MACAM MANA NAK BUAT?
Persoalan dalam kepala kau mungkin, MACAM MANA NAK BUAT??

Benda ni ada dalam buku Close Sale aku, tapi nak tunggu siap tu aku tak pasti bila. So aku share bahagian ni kat kau, bagi kau faham.

Katakan kau menjual ebook "Close Sale Gaya Luqman Mikhail" pada harga RM1000.

Orang yang dengar tu pasti rasa RM1000 tu mahal gila nak mampus kan?

Bayangkan kalau kau offer dia sebuah 'iPhone 7' dan 'Macbook PRO' jika dia beli ebook tu dari kau hari ini juga.

Secara AUTOMATIK otak dia akan cakap harga ebook RM1000 tu murah nak mampus.

Tak perlu cakap banyak, dia akan bagi RM1000 tanpa berkata "Mahallah bang"

Jarang juga dia bertanya,"mengapa murah ek?" Sebab itu akan membuang masa dia dan bila-bila masa kau boleh tutup offer.

Nampak permainan dia kat situ?

RM1000 yang kau rasa orang akan rasa mahal gila nak mampus untuk bayar tu, automatik jadi murah.

Dia malah tak minta turun harga malahan ada duit terus hulur duit beli ebook "Close Sale Gaya Luqman Mikhail" yang mahal tu.

MORAL OF THE STORY
MORALnya di situ ialah, bila kau menjual kat orang produk kau, tak kiralah harga dia RM1000 atau RM100 sekalipun, kau buatkan prospek rasa yang produk kau bernilai lebih dari harga yang kau paparkan.

Jika produk kau nilainya RM100, kau buat dia rasa dia membeli produk RM1000.

Pesaing kau akan garu kepala tak faham mengapa senang sangat kau menjual. Kau pun rasa hensem sebab kau macam jual produk RM1 saja. Tak ada lagi rasa ragu dihatimu.

Macamana nak bagi produk kau yang RM1000 tu kelihatan macam RM10,000? Dalam group support Gugel Jer  kau tanya saja aku soalan ni, aku jawab tanpa tapis.

No comments:

Powered by Blogger.