Cara Mencari Produk Yang Menguntungkan

May 20, 2017
Cara Mencari Produk Yang Menguntungkan


Kau ada duit sikit dan kau nak berniaga. Masalahnya, kau tak tahu nak jual apa yang berpotensi bagi kau SALES TINGGI meletup-letup SETIAP BULAN.

Nak jadi Product Owner, Stokis, Agen - Sila Ambil Perhatian. Pertimbangkan cara ini untuk memudahkan kau membuat pilihan.

PENGENALAN
Jika budget besar sikit, kau boleh pilih import barang dari China atau kau boleh cipta produk sendiri. Jika budget kecil, kau boleh jadi stokis/ agen. Jika budget super sikit, kau jadilah agen dropship.

Namun, nak pilih produk ni yang biasanya jadi masalah. Sebab banyak tawaran untuk jadi stokis/ agen ni. Takkan kau nak grab semua.

Mesti kau nak pilih yang berpotensi bagi kau pulangan berlipat ganda, insyaAllah.

So ini antara langkah mudah kau boleh pertimbangkan.

GUGEL JER. KALAU TAK KAU BERPOTENSI HABUK. SERIUS!
Bukan ebook strategi authority aku bertajuk Gugel Jer tu, tapi Gugel Jer yang bermaksud "cari saja kat Google"

Pertama sekali, kau kena faham - KAU BUKAN GENIUS/ PSIKIK.

Bila kau nampak sesuatu produk, kau takkan boleh tahu ianya akan laku keras hanya kerana kau nak memiliki produk tu.

Produk laku keras bukan yang dicanang-canang oleh owner produk/ stokis laku keras berdasarkan jualan mereka. Kadang-kadang sales mereka tu bukan sales kat pengguna, tapi owner jual kat stokis, stokis jual kat agen. 

Mereka canang sales ribu raban sebulan - kau terkejut. Jangan.

Produk laku keras yang boleh bantu kau asal promo je insyaAllah ada jualan adalah produk yang orang memang cari kat Google.

Contoh:
  • Orang ada masalah, dia akan cari penawar. Perkataan dia taip kat Google adalah UBAT.
  • So dari situ, kau dah boleh set dalam otak kau, kau nak jual penawar atau ubat kepada masalah.
  • Seterusnya, kau kena cari masalah yang kau nak selesaikan.
  • Jika kau nak buat produk sendiri, kau kena cari masalah apa.
  • Jika kau nak jadi stokis/ agen - kau cari berdasarkan masalah yang produk yang kau nak join itu selesaikan.
Katakan kau jumpa tiga pilihan ni, ubat untuk sakit tulang belakang, lutut dan tekak.

So, kau search jumlah carian sebulan kat Google untuk tiga keyword tadi. Ini hasilnya:


Ubat sakit tulang belakang - 110 carian sebulan.
Ubat sakit lutut - 1900 carian sebulan.
Ubat sakit tekak - 2400 carian sebulan.

Secara logiknya, kau akan memilih antara ubat sakit lutut atau ubat sakit tekak untuk kau jual. Sebab setiap bulan secara puratanya ada yang mencari penawar untuk dua masalah berkenaan.

Macam orang sakit, dia akan pergi jumpa doktor. Doktor bagi ubat, dia ambil je. Jarang dia tolak, "takpelah doktor. Aku tunggu lebih teruk baru aku beli ubat doktor ni."

Dalam kes jual produk ni pula, dia sakit, dia sibuk tak ada masa jumpa doktor, so dia beli online supaya tinggal buka peti pos je ambil ubat.

APA AKU NAK BUAT?
Kau tengok pesaing dulu kat Google tu.

Kalau tiada iklan adwords, kau buat iklan adwords. Supaya iklan kau berada di atas sekali, dan paling obvious menjadi pilihan utama si pencari ubat.

Kalau ada iklan daripada pesaing, kau jadi lebih hebat dari iklan dia atau kau kejar related keyword yang berkaitan.

Dari iklan adwords ni akan bawa si pencari ubat itu kepada kau. SETIAP HARI.

Kau pandai-pandailah close dengan dia.

Kalau kau automasikan segalanya. SETIAP JAM, SETIAP SAAT kau boleh layan pelanggan.

Sebab apa, orang cari ubat ni tak payah dah nak nego-nego, dia memang perlu ubat, jika tidak dia melarat. Biasanya dia akan beli. InsyaAllah.

SETERUSNYA, FACEBOOK JER
Juga bukan bonus skil rahsia kau dapat bila kau jadi antara 1000 pembeli Gugel Jer, tapi ini merujuk kepada validation produk.

Kau kena validate dulu produk kau nak jual tu, ada yang nak atau tidak. Kau boleh validate kat kawan-kawan Facebook kau. Kau boleh join group dan validate dalam group yang kau join tu.

Pernah nampak orang post gambar produk dari China, lepas tu minta orang komen NAK jika bermiant dengan produk tu?  Kemudiannya ramai orang komen nak nak nak? Itu adalah contoh validation.

Jika dah sah ramai nak, ready to pay, kau boleh import barang tu dari China atau, kau dah boleh mulai hasilkan barang tu.

Cukup untuk kali ini, cara pilih produk yang berpotensi besar beri kau pulangan - berbanding kau main agak-agak, tertipu dengan testimoni owner/ stokis dan tak dapat jual apa-apa.


Inginkan lebih banyak lagi ilmu Mencari Produk Menguntungkan? 
Dapatkan Gugel Jer hari ini.




No comments:

Powered by Blogger.