Fikirkan Boleh

May 24, 2017
Fikirkan Boleh



Aku, kalau rasa macam tak ada semangat, aku akan menyanyikan lagu ini:
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Bayangkan diri kau sendiri.

Kalau kau pusatkan seluruh semangat dan usaha kau untuk jadi jutawan 5 tahun akan datang, 5 tahun akan datang insyaAllah kau akan jadi jutawan.

Sebab dalam tempoh 5 tahun ini, kau akan bekerja macam bakal jutawan berkerja. Kau akan berusaha macam bakal jutawan berusaha. Kau akan berfikir macam jutawan berfikir.

Tiada lagi fikiran kau disangkutkan dengan mentaliti CUKUPLAH SALES RM3000 sebulan. Tamat sudah fikiran kau rasa kau tak boleh.

FOKUS KAU dah berubah. Kau nak berjaya dan untuk berjaya, kau akan bertindak macam orang nak berjaya.

Untuk menaikkan semangat kau, kau sentiasa FIKIRKAN BOLEH.

No comments:

Powered by Blogger.