Kau Tak Tersilap

June 23, 2017
MOTIVASI #5 THE POWER TO DECIDE


Pernah tak kau rasa kau tersilap dalam sesuatu hal?
.
Kau tersilap tulis ayat iklan yang 'perfect'.
.
Kau tersilap melabur dalam skim salah..
.
Kau tersilap sebab kau buat cara salah untuk marketing di FB dan berhabis puluh ribu dalam tempoh 2 tahun.
.
Kau tersilap sebab kau tak siapkan kerja awal2, dah tak jadi balik kampung awal.
.
.
.
KENYATAANNYA, kau tak tersilap.
.
Apa yang kau buat itu adalah keputusan kau.
.
Kau yang putuskan untuk menulis ayat iklan tu tanpa merujuk guru.
.
Kau yang buat keputusan untuk join skim salah tu.
.
Kau yang buat keputusan untuk buat kempen marketing FB tanpa atur strategi lebih baik.
.
Kau yang buat keputusan tak plan betul-betul untuk siapkan kerja kau lebih awal.
.
.
Kalau kau TERsilap, ianya semacam kau tersalah masukkan garam dalam kopi.
Kau tak putuskanpun untuk minum kopi bergaram. Kau tersilap.
.
Kalau kau TERsilap, ianya semacam kau tersalah masuk duit dalam akaun orang lain.
Sebab kau tersalah satu digit sahaja. Kau tak plan pun nak masukkan duit dalam akaun orang lain.
.
.
.
Bila kau sedar bahawa apa yang berlaku adalah kerana keputusan kau, bukan sebab kau tersilap,
maka kau ada potensi untuk bangkit.
.
Kau ada potensi untuk belajar daripada keputusan salah kau buat.
.
Kau akan sedar bahawa keputusan kau dulu salah, dan kau akan mengubah keputusan kau lepas ni.
.
.
.
Kalau kau menggunakan perkataan 'tersilap' untuk setiap kegagalan kau,
automatik diri kau jadi lemah sebab konon kau tak sengaja buat semua tindakan salah yang dulu tu.
.
Kau takkan bangkit, dan kau berpotensi mengulang membuat keputusan salah yang sama.
.
.
Selaku geng aku, aku nasihatkan satu perkara sahaja kat kau.
.
Jangan gunakan perkataan tersilap untuk menjadi alasan kau telah buat keputusan salah.
.
Akui kau yang telah buat keputusan salah dan apa yang jadi kat kau adalah kerana keputusan salah kau buat tu.
.
Kemudiannya, pelajari bagaimana untuk membuat keputusan lebih baik di masa depan.
.
.
SOALAN: Bila kau nak buat keputusan join group Gugel Jer ni? GrRrr..
25hb Jun 2017 ni naik harga kepada RM150. Harga diskaun ada kat sini ==> KLIK SINI
.
Aku beri jaminan, kalau kau gunakan ilmu Gugel Jer dengan sebaiknya, kau boleh jimatkan puluh ribu kos marketing kau, kos untuk kau hadiri seminar atau beli buku panduan baru.
.
Lagipun kau boleh bertanya dalam group support atau pm aku atau whatsapp aku. :P
.
.
MOTIVASI #5 THE POWER TO DECIDE

No comments:

Powered by Blogger.