Newbie Vs Otai

June 15, 2017
NEWBIE VS OTAI 
Baru dapat kerja baru? Agen baru, stokis baru? Penjual Insuran baru? Newbie? Perlu bersaing dengan orang yang dah lama? Post ini untuk kau.
Source: http://img06.deviantart.net/53a0/i/2016/098/0/f/master_vs_student_by_veni2533-d9y4z9w.png

Pernah tak kau rasa kecil, disebabkan kau adalah newbie (orang baru) dan kau perlu bersaing dengan otai (orang lama)?
  • Ia buatkan kau rasa kau PASTI akan kalah dengan otai.
  • Ia akan buatkan kau rasa kau takkan berjaya sebab dibayangi oleh senior kau.
  • Ia buatkan kau tak bersemangat sebab kononnya dah 'confirm' kalah.
HENTIKAN mentaliti ini, kerana newbie tak semestinya lemah.

STRATEGI akan memenangkan kau. Berikut  adalah strateginya:
.
.
Strategi 1:
Bergantung kepada perniagaan, sesetengah syarikat ada konsep leader dan anak buah. Sebagai newbie, strategi kau adalah 'belajar daripada leader' kau.
.
Leader kau biasanya adalah proven winner. Kau follow dia.
.
Tak silap aku, Anthony Robbins ada mengatakan, jika kau nak cepat berjaya, tiruvasi orang yang telah berjaya sebelum kau (dalam bidang kau).
.
Maksudnya, kau ikut apa cara yang membolehkan dia berjaya, dan kau juga berpotensi akan berjaya.
.
Jika leader kau kedekut, maka belilah buku. Ada banyak buku yang kau boleh beli yang mana boleh membantu skil kau.
.
Gunakan Gugel Jer untuk mendapatkan sumber bacaan berkualiti secara percuma tentang cara meningkatkan skil kau.
.
.
Contoh bisnes: INSURANS
.
Strategi 2:
Jika kau tak ada guru, maka kau kena improve diri kau sendiri. Strategi kau boleh guna adalah - SWOT Analysis. SWOT ini mewakili
  • Strengths - Kekuatan
  • Weakness - Kelemahan
  • Opportunities - Peluang
  • Threats - Ancaman
.
Oleh kerana kau bersaing dengan otai, maka kau kena isi dulu semua komponen SWOT ini. Contohnya:
.
Strengths:
i. Apa kelebihan kau ada berbanding otai?
ii. Apa yang kau lebih baik berbanding dia?
iii. Apa yang dilihat sebagai kekuatan dalam bisnes insurans ni? Wujudkan.
iv. Ringkasnya, apa USP kau jika prospek tengok.
Contohnya: Kau tunjukkan kepada prospek kau, Kau boleh fokus kat prospek tu kelak sbb kau tak ada banyak nama kena jaga. Pelanggan akan rasa yakin mereka tak terabai.
.
Weakness:
i. Apa kelemahan kau yang perlu dibaiki?
ii. Apa yang kau perlu elakkan?
iii. Apa yang dilihat sebagai kelemahan dalam bisnes kau ceburi ni?
iv. Apa penyebab kepada kau gagal buat jualan? Selesaikan.
Contohnya: Kau tak dikenali. Maka kau kena munculkan diri di media sosial spt Facebook, YouTube, Website, Twitter, Insta dsb. Bina trust dan branding kat semua tempat ini dengan memberikan tips berguna. Jika otai kau ada 10 tips, kau bagi 20 tips. GUna Gugel Jer untuk idea tips setiap hari.
.
Opportunities:
i. Apa peluang yang kau dapat lihat?
ii. Apa trend terkini yang otai kau tak dapat follow?
Contohnya: Otai kau terlalu sibuk, tiada masa nak berwhatsapp dan dia mahirpun tidak. Kau jadikan ini peluang, untuk kau boleh kongsikan tips directly kepada pelanggan kau. Bagi mereka suka dan mungkin kata-kata mereka boleh jadi testimoni kau dalam FB dan INSTA.
Prospek lain sedar kau siap berwhatsapp, mereka assume 'kau boleh dihubungi bila-bila masa' jika ada masalah.
.
Threats:
i. Apa halangan kau hadapi sekarang?
ii. Apa otai dah buat yang kau tak buat lagi?
Contoh: Otai dah ada akaun FB dan dia menayangkan banyak gambar anugerah dan piala. Kau tiada. Kau rasa terancam. Kau menangi dia dengan share tips, panduan, ilmu.
Prospek tak suka dengar apa orang lain ada, dia suka dengar apa dia boleh dapat. Tontonilah filem Jerry Meguire.

Source: http://wallpapersin4k.net/wp-content/uploads/2017/02/Jerry-Maguire-Movie-Wallpapers-6.jpg

Strategi 3:
Kebanyakan orang jual insurans, mereka biasanya menyasarkan kepada orang-orang yang bagaimana? 
Jika kau rasa market tersebut sudah terlalu ramai agen bertapak di sana, cari market baru.
.
Buat avatar untuk pelanggan yang dah berurusan dengan kau. 
.
Kenalpasti apa ciri-ciri mereka dan kesan di mana mereka berada. Gunakan FB Ads untuk menemui mereka. Tak perlu kumpul like untuk page, terus share tips, panduan yang mana boleh mengesan kumpulan sasar ini.
.
Kumpul lead. Gunakan email marketing dan juga FB Ads untuk mendidik. Tukarkan mereka kepada pelanggan dengan promosi atau tawaran menarik.
.
Gunakan Gugel Jer untuk belajar tentang email marketing, iklan FB, avatar, idea pemasaran, idea untuk panduan setiap hari dan sebagainya.
.
.
KESIMPULAN
Jangan pernah menyerah kalah sebelum kau betul-betul dah buat sehabis baik untuk berjaya.
.
Otai ni bukan siapa-siapapun, mereka manusia juga.
.
Fokus, guna strategi dan kau insyaAllah boleh menang mengalahkan pencapaian otai.
.
Dapatkan Gugel Jer untuk membantu kau membina strategi genius dalam pekerjaan kau. Group Support disediakan jika kau tak mahir.


Klik Gambar

http://www.gugeljer.com/

No comments:

Powered by Blogger.