Serba Sedikit Tentang Custom Audience Facebook

June 17, 2017
SERBA SEDIKIT TENTANG CUSTOM AUDIENCE FACEBOOK


Antara weapon paling power bila melibatkan interest adalah CUSTOM AUDIENCE kat bahagian audience kat FB Ads Manager.
.
Melalui data seperti telefon/ email pelanggan, kita samada:
.
i) Boleh blast iklan kepada kumpulan sama berulang-ulang kali menggunakan pilihan CA tadi.
ii) Boleh upload masuk dalam custom audience ni dan cuba dapatkan lookalike audience untuk perbesarkan lagi reach iklan kita yang targeted.
.
Teknik terbaik adalah dengan mengupload sebanyak mungkin data kedalam custom audience ni, walaupun minimum data diminta adalah around 100+, tapi sebaiknya masukkan dalam jumlah ribu.
.
Mengapa nak upload banyak? 
Kerana nilai ketepatan audience targeted anda akan lebih tinggi. Dalam matematik, kita merujuk kepada min purata.
.
.
ANTARA KEBAIKAN
i) Ketepatan adalah jauh lebih tinggi berbanding mengharap interest FB yang agak general
ii) Kurang persaingan dengan player FB lain yang menggunakan interest FB untuk iklan mereka
iii) Berpotensi dapat kos murah sebab proven audience ini suka dengan produk/ topik kita
.
.
CARA NAK DAPATKAN DATA PELANGGAN UNTUK CUSTOM AUDIENCE
Ada banyak cara untuk kita dapatkan data-data (no. hp/ email) ini. Antara cara yang boleh digunakan adalah:
.
.
1. Senarai Sedia Ada
Senarai sedia ada ini boleh merujuk kepada data-data pelanggan-pelanggan kita sebelum ini, atau yang telah menunjukkan minat dengan produk kita dan pernah menghubungi kita (prospek). Ini merujuk kepada pembeli/prospek yang ada meninggalkan no. telefon atau email kepada kita sebelum ini untuk sebarang urusan.
.
Boleh jadi juga, senarai ini adalah daripada senarai subscribers yang telah menjadi follower autoresponder kita selama ini.
.
.
2. Extract
Jika anda menggunakan Chrome, anda boleh pasang Facebook Social Toolkit, iaitu extension yang membolehkan anda extract email kawan-kawan Facebook anda.
.
Option ini rasanya memerlukan anda mendapatkan akaun premium, namun di Malaysia, kebanyakan orang menggunakan versi ciplak yang didapatkan secara percuma di internet.
.
Syarat nak dapat email ini, anda kenalah add friend prospek sasaran anda dulu, dan extract email-email mereka selepas itu.

.
Prospek ini anda boleh cari daripada orang yang memberi respon kepada post/ iklan and sebelum ini, kepada iklan/ post page pesaing, atau mereka-mereka yang respon dengan topik berkaitan dengan produk anda.
.
Gunakan Facebook Graph untuk mengesan post-post sebegini. Ianya Percuma sahaja.
.
Anda juga boleh menggunakan GSA Email Spider jika anda nak extract email atau no. telefon daripada forum-forum dan laman-laman web. Juga, ianya perisian berbayar.


.
.
3. Lead Generation
Jika anda ada budget, anda boleh gunakan pilihan quiz, peraduan, cabutan bertuah atau pemberian hadiah untuk kumpul lead sendiri.
.
Sebagai contoh, anda buat peraduan dan syarat nak join ialah mendaftar nama dan email kat squeeze page.
.
Atau, tawarkan hadiah sekian-sekian untuk pemenang bertuah, dan letakkan syarat untuk daftarkan nama dan email kat squeeze page.


Biasanya orang beri ebook/ akses software/ group rahsia supaya tak ada yang tanya, "mengapa perlu email?".
.
Dalam kes hadiah besar seperti high heels, beg tangan berjenama, gelang emas, tak perlu risau. Orang tak banyak tanya dah, mereka akan join.
.
.
4. Beli Data
Jika anda ada budget, anda boleh menggunakan pilihan beli list serendah RM0.10 per email. Biasanya source email ini adalah daripada group/ page pilihan anda sendiri.
.
ATAU, anda boleh beli solo ads yang berkaitan dengan niche anda. Pembekal solo ads ini merujuk kepada seseorang yang memiliki senarai email yang banyak dalam satu-satu niche, dan bila anda beli servis mereka, mereka akan blastkan email anda kepada senarai mereka ini.
.
Anda boleh tawarkan ebook percuma dan minta nama dan email untuk menjadikan mereka sebagai subscriber anda sendiri. Gunakan autoresponder supaya kerja-kerja nurturing anda lebih mudah.
.
.
5. JV
Jika anda kenal orang popular dalam niche anda, anda boleh bekerjasama dengan mereka/ ber-JV dan meminta mereka untuk berkongsikan audience sesama anda berdua. Maksudnya, anda promosikan dia kepada senarai anda, dan dia promosikan anda dalam senarai dia.
.
Cara ini biasanya merujuk kepada dua kumpulan dalam niche sama (pakaian/ aksesori wanita), tapi jual produk berbeza.
.
Contohnya, seorang penjual high heels dan seorang lagi penjual beg tangan - audience mereka adalah wanita bekerjaya dan ada duit. Market masing-masing tak kacau.
.
.
KESIMPULAN
Gunakan function 'custom audience' ini sebaik mungkin untuk perniagaan anda kerana ianya lebih powerful berbanding menggunakan interest yang dibekalkan oleh Facebook.
.
Pastikan data untuk diupload ke dalam Custom Audience ini data yang berkualiti, agar hasil Custom Audience pun data berkualiti juga. Jika isi sampah, keluarnyapun sampah juga. Fokus! Ini tempat anda buat duit!
.
Jika senarai data agak kecil, gunakan function lookalike audience untuk besarkan reach. Mula dengan peratusan terendah dulu, e.g 1%.
.
.
P/S
Amalkan teori 3+1, atau 8+2 untuk iklan-iklan anda. 3 dan 8 adalah sharing, 1 dan 2 itu pula merujuk kepada offer meleleh. Sharing ini boleh jadi tips, panduan, testimoni, harga jual produk anda.
.
Gunakan Gugel Jer untuk memudahkan kerja berkongsi tips dan panduan berkualiti untuk tahun-tahun mendatang anda.

No comments:

Powered by Blogger.