Stick Dengan Apa Yang Kita Ada Dulu

June 12, 2017
Stick Dengan Apa Yang Kita Ada Dulu


Hampir setiap hari kita didatangkan dengan benda baru, produk baru dalam dunia marketing. Terkini yang agak popular dalam email aku adalah insightzilla.

Tidak dinafikan, insightzilla ini memudahkan, sebab nak cari interest yang lebih tepat untuk iklan-iklan kita.

Tapi, aku tak beli.

Bukan aku tak perlu, aku rasa ia insyaAllah akan memudahkan aku. Satu lagi produk, Digzilla rasanya akan lebih memudahkan aku sebab ia bukan sekadar untuk interest malahan lebih. Tapi aku nak stick kepada apa yang aku ada.

APA AKU BUAT
Aku buat kerja simple je cari interest ni.

Aku cari group atau page yang berkaitan dengan sasaran iklan aku. Aku ambil email-email member mereka, aku buat custom audience.

Dengan custom audience nilah aku sasarkan iklan-iklan aku. Semuanya ini aku buat sendiri, secara percuma, tanpa software bagai.

Bagi aku, ahli-ahli group lebih komited berbanding fans sesebuah page. Even bro dari Bangladesh pun like page, tapi nak join group, apatah lagi yang berbayar, itu perlu komitmen tu.

Contohnya, Bro Bangladesh nak ke bayar untuk join seminar Dr Azizan Osman, lepas tu join group tertutup Seminar IMKK 2017? Rasanya tak. Yang komited saja akan join.

CONTOH KES:
Katakan aku nak jual produk berkaitan marketing FB. Sudah tentu aku perlu sasarkan iklan aku kat orang-orang yang berduit, orang-orang yang buat marketing dengan menggunakan Facebook.

Mengenali Like Method, aku akan ambil email-email member-member Like Method Tribe ni dan buat custom audience No.1.

Mengenali fans-fans di fanpage LikeMethod Tribe yang berpotensi beli produk marketing FB tersebut, aku ambil email-email member mereka dan aku buat custom audience No.2.

Lepas tu, aku sekadar didik audience-audience ini dengan iklan tips and tutorial dan kemudian baru aku buat iklan menjual.

STORY
Masa dulu-dulu, asalkan ada benda berkilau melibatkan strategi, aku memang akan nak beli. Malahan, sesetengah benda-benda baru ni aku tak yakin aku akan guna sepenuhnya pun.

Tapi, bila dah lama dalam dunia marketing, aku dah slow-slowkan kegilaan membeli aku. Fokus dengan apa aku ada dulu. Kuasai apa yang dah ada dalam tangan.

Gugel Jer adalah contoh strategi aku guna untuk berdekad lamanya, walaupun Facebook, Google, YouTube semua ini berubah setiap tahun. Hingga ke hari ini, aku masih belajar sesuatu yang baru dari skil Gugel Jer ini.

Bila dah kuasai banyak, namun still rasa kurang, insyaAllah aku akan beli produk-produk baru kat pasaran.

MORAL
Fokus dengan apa yang kita ada dulu.

Jika kita sekadar ada group iklan GB sahaja buat masa ni, kembangkan skil untuk menguasai skil beriklan di group FB. Jika ada group telegram atau whatsapp, kembangkan skil kat situ saja dulu.

Jika belajar Adwords, mahirkan diri kat Adwords dulu lupakan Bing Ads atau YouTube Ads. Jika masih di tahap basic FB Ads, kembangkan skil kat sini dulu, lupakan power editor.

Jika rasa perlu tambah, barulah buat pelaburan untuk menambah skil.

KESMIPULAN
Kadang-kadang, skil-skil terbaru yang berkilau tu sebenarnya gagasan daripada skil lama. Cuma, kita tak nampak sebab kita dah terkejar-kejar benda baru.

Fokus dengan apa kita ada dulu, dan jika rasa perlu, barulah melabur kepada benda baru.

1 comment:

Powered by Blogger.