Teknik Hasilkan Posting Facebook Yang Simple Tapi Power

June 12, 2017
Teknik Hasilkan Posting Facebook Yang Simple Tapi Power


Pernah tak kau ketandusan idea untuk menulis post lagi-lagi yang berkualiti? Ini ubat untuk kau.

Mungkin kau tak pernah sedar, tapi menulis post ni sangat penting.
Post untuk FB, untuk blog/ website dsb.


APA GUNA TULIS POST?
Aku ambil contoh 5 big name - Sifu FBAds, Dr. Azizan Osman, Tn Khairi LM, Bukhari BRC, Firdaus Azizi.Di page masing-masing, mereka rajin update content/ posting.

Katakanlah mereka menghilang dalam sebulan, authority mereka akan surut. Katakan mereka menghilang dalam setahun, sales berpotensi jatuh sebab banyak persoalan timbul. Sebab tu mereka selalu posting - nak menampakkan yang mereka ada.

Nak branding, kau kena ada sebolehnya setiap hari. Jika tak dapat, kau ada dua kali seminggu sudah cukup. Fans kau taklah lari dari page kau, malahan dengan rajin post, kau berpotensi generate prospek baru setiap hari.

Kau post dan post, lembut hati prospek kau nak beli daripada kau. Buat apa dia nak beli daripada orang lain jika kau lagi pakar dalam produk kau.

Macam jumpa doktor bersalin, kita prefer yang doktor pakar, doktor backup atau intern? For sure yang PAKAR, kan?

Prospek kau pun ada mentaliti tu, mereka nak THE BEST OFFER.


"SAYA TAK ADA IDEA!"
Untuk sesetengah orang, nak menulis itu sendiri adalah masalah. Tak pernah ambil kelas sastera masa kecil-kecil dulu.

Nak tulis tentang bisnes sendiri lagi masalah. Sebabnya tak ada idea nak tulis apa.

Lagi dahsyat, nak menulis post berkualiti - super masalah. Berkualiti yang boleh bina nama/ branding dan trust.

Paling gila tahap gaban punya masalah, tak tahu nak tulis post berkualiti dalam jumlah banyak. Jika tulis untuk sekali sebulan, boleh tahan lagi. Kalau sekali sehari, seminggu? Kalau bisnes yang perlu run untuk seumur hidup? Phew!


SIFU HAMPEH AJAR KITA UNTUK...
Ada sifu ajar kita untuk ambil content orang, tiru dan ubah nama watak.

Serius, kau jangan sesekali buat macam ni.

Ia mengajar kau untuk jadi tak original. Atau paling psiko, copy paste tak kredit. Tu mencuri namanya.

Kau nak bina trust tapi kau ceduk idea orang, letak nama kau. Mesti tak syok kan?

Paling tak syok, terdedah aktiviti ciplak kau. Kau dikecam, dimalukan dan diviralkan.


APA NAK BUAT??
Ada banyak cara kau boleh buat, tapi aku share satu teknik yang 'simple tapi power'.

Skil ini membolehkan aku share kat kau ilmu advanced walau aku tak pernah hadir seminar mahal atau beli buku mahal.

Skil ini boleh menjadikan aku kedengaran MACAM sifu insta, Adwords atau FBADS walaupun aku lebih kepada ilmu gila Gugel Jer.

Ilmu Untuk Mempelajari Apa Saja
Nak Jadi Pakar Dalam Bidang Anda? Kuasai Gugel Jer

Skil ini dinamakan REFLECTION.

Di sini aku tunjukkan kau caranya. Simple. Kalau kau tak tahu, mungkin kau main kat luar kelas kot masa cikgu kau mengajar teknik ni. :p

Aku ambil contoh produk, Tone Excel. 
  • Kau kena cari popular personality dalam niche kau. Contohnya, Mazelan Abas.
  • Kau pergi ke laman web atau page dia, dan kau baca post dia.
  • Kau tuliskan apa pandangan kau terhadap post berkenaan.
  • Untuk kau referkan kepada post berkenaan - disebabkan post kau adalah jenis refleksi, kau tag nama penulis tersebut di dalam post kau. "Nyatakan Tuan Mazelan Abas menulis.." dan sebagainya.

Post refleksi kau adalah komen dari sudut pandang kau. Kau boleh memberi respon negatif atau positif. Ia akan memberikan kau originaliti.

Bila kau tag nama, Tn. Mazelan Abas akan dapat mention dari FB. Dia mungkin akan lawati post kau dan beri komen. Ini akan menaikkan authoriti post kau.

Selalu buat macam ni dan selang-selikan dengan content kau sendiri.

Dengan skil ni, kau berpotensi tak ketandusan idea kecuali kau pemalas. Maklumlah, kau boleh beri respon untuk post kat forum, kat blog, dan macam-macam lagi, jadi, kebarangkalian tak ada idea adalah sangat kecil.


"SAYA JUAL BANTAL HOTEL, APA GUNANYA SKIL INI UNTUK SAYA?"
Pernah dengar tentang hama?
Pernah dengar tentang ruam?
Pernah dengar tentang keselesaan?

Kau refer post doktor pakar tentang masalah-masalah ni, automatik authoriti untuk post kau, untuk menyakinkan fans/ pembaca kau.


"SAYA BUKA RESTORAN JE BANG..."
Kau tahukan, kaki jalan-jalan cari makan suka baca pasal apa? Pasal makanan.

Dia jumpa post kau, dia suka, dia tertanya-tanya apa bestnya restoran kau, sebab kau selalu beri refleksi tentang post masakan Gordon Ramsay.

Mana tahu rezeki kau, Ramsay datang Malaysia, cari restoran yang asyik-asyik respon post dia, tag nama dia. Dapatlah kau publisiti sikit, Ramsay pernah makan restoran aku.

Gambar Ramsay dengan kau tu, kau letak dalam buku menu untuk tunjuk authoriti kau.
"Gordon Ramsay Was Here"
Jangan kau tak tangkap gambar dahla. :P



Inginkan lebih banyak lagi ilmu Posting Yang Power? 
Dapatkan Gugel Jer hari ini.


No comments:

Powered by Blogger.