Group Facebook Yang Bagus Untuk Peniaga

July 15, 2017

Saya ada join banyak group tak kira ianya berbayar atau tidak berbayar. Ada untuk tujuan optimize iklan FB saya, untuk belajar sesuatu atau sekadar untuk berkongsi sesuatu.
.
Untuk post ini, saya berkongsikan satu group yang saya kira menarik dan best juga.
.
Ianya dinamakan TokanGB - PREMIUM BONUS Group.
Link: https://www.facebook.com/groups/112992999329184/
.
Saya dah join tapi saya keluar balik. Sebabnya ada di bawah.
.
.
KEBAIKAN
Group TokanGB - PREMIUM BONUS Group ini berkongsikan bahan-bahan premium secara PERCUMA seperti app, ebook, software, tutorial, theme dan sebagainya.
.
Product Review juga ada dan ianya sangat berbaloi untuk kita baca kot-kot kita nak beli sesuatu produk (app, software, theme dsb), senang nak filter kat sini.
.
Perkongsian admin saya yakin memiliki resell right, iaitu lesen jualan semula - pada harga yang ditentukan oleh developer. Jadi saya kira harga resell right yang dibenarkan developer adalah termasuk RM0 atau dalam erti kata lain - boleh beri percuma.
.
Jangan terkejut, memang ada lesen yang membenarkan memberi percuma dengan syarat tertentu. :)
.
Saya galakkan bagi sesiapa yang kekurangan modal atau terasa ingin mendapatkan ilmu-ilmu yang bagus-bagus - sila join masuk group ni.
.
Ianya berbaloi dan bermanfaat jika anda tahu macam mana nak gunakan apa yang telah dikongsikan.
.
.
.
KERAGUAN
Perkongsian member-member lain juga ada banyak yang menarik seperti tutorial membuat website, penggunaan software dan sebagainya.
.
1
Namun, tidak dapat dipastikan seandainya semua perkongsian yang dikongsikan sebilangan member ini memiliki lesen serupa seperti admin.
Contohnya, Explaindo Full atau Filmora Full.
.
Tapi, disebabkan setiap post admin yang beri approval, maka saya yakin admin sudah menyelidiki lesen tersebut sebelum membenarkan post berkenaan - jadi tanggungjawab etika dan agama berkaitan penggunaan software tersebut terletak kepada admin dan poster (tukang post) tu. Gunakan tanpa was-was.
.
2
Keraguan lain adalah perkongsian Tutorial UDEMY, bukan dalam bentuk akses link kupon tapi direct download GDrive dsb. Mungkinkah Udemy sudah memberikan tutorial mereka dalam bentuk berkenaan untuk dikongsikan? Jika ya, baguslah. Boleh terus download tanpa was-was juga.
.
.
.
CADANGAN
Saya harap setiap post berkenaan disertakan screenshot lesen, supaya yakin sikit nak download. Tapi ada juga lesen yang memang dikongsikan dalam produk berkenaan. :)
.
Kesian pula jika admin nak ss satu persatu lesen dia ada. Jadi, ianya tanggungjawab sendiri untuk menilai lesen berkenaan selepas download kot.
.
.
.
KEPUTUSAN
Saya dah join tapi saya keluar balik dari group berkenaan.
.
Sebab keluar bukanlah kerana keraguan tersebut malahan saya suka jenis group begini.
.
Lagipun, Admin dah beri jaminan siap jelaskan jenis-jenis lesen lagi. Apa nak ragu, kan?
.
1
Sebab saya keluar adalah kerana peraturan yang saya tak boleh ikut. IANYA KELEMAHAN SAYA, dan bukan salah admin untuk letak peraturan berkenaan. Iaitu untuk sentiasa aktif seperti berkomen, like dan sebagainya dan meletakkan diri dalam carta tertentu.
.
Saya risau ada sesetengah benda yang saya tak faham, saya tak boleh nak like atau komen sesuka hati. Takut komen atau like saya membawa kepada rasa percaya pembaca lain dan mereka pun beli dan mengalami kerugian.
.
Nak komen suka-suka bodoh-bodoh pun saya tak sanggup ketika ini, sebab matlamat saya adalah untuk berkongsi ilmu jika boleh. Mungkin di masa akan datang, sekadar untuk fun saya akan buat selalu.
.
2
Alasan lain adalah kerana TERLALU BANYAK ILMU BEST-BEST di dalam group ini. Takut saya tak ada masa nak FOKUS kepada apa yang saya ada, dan kerja saya sekadar mengejar bulan dan bintang pula nanti. :)
.
Jadi, saya buat keputusan, keluar daripada group berkenaan.
.
.
KESIMPULAN
Sila join group TokanGB - PREMIUM BONUS Group selagi ianya percuma, insyaAllah berbaloi.
.
Jika tak suka, boleh keluar bila-bila masa, jadi tak rugi apa-apapun setakat ini.
.
TokanGB - PREMIUM BONUS Group.
Link: https://www.facebook.com/groups/112992999329184/

No comments:

Powered by Blogger.