Apa Itu Custom Audience Dan Kepentingannya

August 08, 2017



APA ITU CUSTOM AUDIENCE DAN KEPENTINGANNYA
Seorang sahabat ada bertanyakan aku beberapa soalan mengenai CUSTOM AUDIENCE.
.
Jadi, sekadar untuk mengingatkan kau apa kau mungkin dah lupa, aku kongsikan serba sedikit mengenai apa itu custom audience.
.
Custom Audience ni adalah audience yang kita boleh customizekan, boleh ubah, dihasilkan berdasarkan ciri-ciri kita nak.
.
Ia bukan sekadar audience yang dah bagi kita no. telefon atau email semata-mata.
.
Ada banyak lagi custom audience. Namapun custom.
.
Contohnya:
1. Likers page kita pun satu bentuk audience.
2. Orang yang menonton iklan video kita melebihi 10 saat pun satu bentuk audience.
3. Orang yang pergi download kupon kat website kita pun satu bentuk audience.
4. Orang yang engage dengan page kita pun satu bentuk audience.
5. Orang yang dah bagi emel dan no telefon mereka kat kita pun satu bentuk audience.
6. Dan banyak lagi pecahan-pecahan lain...
.
Semua audience-audience ini boleh dijadikan satu bentuk custom audience dan kita namakan ia dengan nama kita nak.
.
Lepas tu, nak buat lookalike audience, gunakan mana-mana satu daripada custom audience tadi untuk keperluan kita.
.
.
APA GUNANYA BERMACAM-MACAM AUDIENCE?
AUDIENCE DARIPADA NO. TEL DAN EMEL TAK CUKUP KAH?
Mungkin kau dah lupa juga, pentingnya kepelbagaian audience ini adalah untuk tujuan SPLIT TEST.
.
Selagi kau tak pernah uji, maka sebarang anggapan kau hanyalah sekadar satu hipotesis.
Ia tidak muktamad dan kau mungkin tersilap.
.
Kau tentunya tak nak tersilap dan mengalami kerugian kerana terlepas pandang, kan?
.
Sebagai contoh,
.
Audience yang menonton iklan video kau melebihi 10 saat
- Dia boleh tinggalkan video kau begitu saja, cari gosip artis
- Dia boleh abaikan iklan video kau begitu saja, scroll cari lawak bodoh
- TAPI audience ini tidak berbuat demikian
- Audience ini memilih untuk habiskan lebih 10 saat hayat dia menonton iklan video kau.
- Dia... Luangkan 10 saat lebih daripada hayat dia... untuk menonton video iklan kau...
.
MUNGKINKAH dia potential prospek?
.
Mungkinkah kesanggupan dia luangkan 10++ hayat dia untuk iklan kau menunjukkan dia ada minat?
.
Untuk kepastian, kau kena uji audience ni.
.
Kau jadikan dia satu bentuk custom audience dan kau hantar iklan kau kat audience ni.
.
.
Begitulah juga halnya dengan audience-audience yang lain.
.
Takut kau teruja dengan satu audience sahaja dan terlepas prospek dari kumpulan audience yang lain tu.
.
Mungkin audience daripada data-data yang lain ini ada nilai dan kelebihan yang kita tak nampak. So, kita buat split test.
.
.
Cukup setakat pemahaman ini, dan di post berikutnya,
.
Aku tunjukkan kepada kau penerangan step-by-step bagaimana pakar menggunakan Custom Audience bagi meningkatkan potensi jualan mereka 300%.
.
Yup! Kau tak salah dengar - 300%.
.
Berjumpa lagi di post seterusnya.

No comments:

Powered by Blogger.