Letupkan Jualan 300% dengan Custom Audience

August 08, 2017


BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN POTENSI JUALAN 300% DENGAN BANTUAN CUSTOM AUDIENCE?
.
Rasanya ramai dah tahu bahawa kita boleh pasang pixel Facebook untuk tujuan retargeting.
Maksudnya disini,
Orang-orang yang telah melepasi fasa pixel-pixel kita pasang ni, kita boleh jejak mereka semula untuk kita hantar iklan tak kira iklan menjual atau sekadar iklan informasi.
.
Persoalannya, apakah langkah/ strategi penggunaan pixel ini yang berpotensi meningkatkan jualan kita berlipat kali ganda?
Jawapannya, kau boleh baca kat bawah.
.
Fahamkan dan tiru, aku siap bagi contoh.
.
.
SITUASI:
1. Satu hari yang cerah, kau telah hasilkan satu post informasi genius.
Post ini digunakan untuk mempelawa orang masuk website kau.
Kau tak perlu letak harga jual bagai, sebab kau berkongsi informasi untuk filter orang.

2. Katakan ada 3 orang telah pergi ke website kau setelah baca tawaran kau: Arumugam, Burhan dan Chong.

3. Setelah baca SALES PAGE kau, hanya Burhan dan Chong sahaja yang klik butang "BUY NOW", untuk melihat harga produk jualan kau tu.
Sebaliknya, Arumugam tinggalkan laman web kau pergi baca gosip artis.

4. Setelah melihat harga jual kau letak, hanya Chong yang bertindak membeli.
Sebaliknya, Burhan tak jadi beli sebab dia rasa produk kau agak mahal untuk dia.

.
.
Dalam situasi di atas, kau hanya berjaya menjual kepada seorang sahaja. Chong.
.
.
So, inilah gunakan Custom Audience. Setiap orang tadi mewakili satu Custom Audience.
Arumugam - mewakili audience yang berminat dengan produk kau, tapi tak yakin nak beli.
Burhan - mewakili audience yang kurang yakin dengan nilai produk kau
Chong - mewakili orang yang yakin dengan penawaran kau dan membuat pembelian
.
Selaku peniaga cantik dan hensem, kau kena kejar 3 jenis prospek serupa Arumugam, Burhan dan juga Chong ini.
.
.
Untuk yakinkan Arumugam agar klik butang beli, mungkin Arumugam perlukan penjelasan lebih dalam lagi kehebatan produk kau.
Mungkin kau kena bagi penerangan secara testimoni, atau dalam bentuk bullet poin atau bla..bla..bla..
.
Untuk yakinkan Burhan membeli, mungkin kau kena ubah sikit tawaran harga kau.
Mungkin Burhan tak yakin dengan harga kau letak untuk produk sedemikian.
Mungkin kau kena jelaskan atau kau tambahkan free gift sekali untuk buat Burhan membeli.
.
Untuk jualan berulang, upsell dan sebagainya, kau kejar Chong.
.
.
Persoalannya, macamana kau nak asingkan tiga jenis audience tadi dengan bantuan custom audience?Jawapannya adalah pemasangan pixel.
.
Pixel kat website bukan sekadar untuk kesan balik pengunjung website semata-mata.
Dengan pixel, kita boleh kesan balik setiap orang tadi - Arumugam, Burhan dan Chong berdasarkan fasa kunjungan mereka.
.
.
Langkah-langkahnya:

Berdasarkan situasi tadi, kau sepatutnya letak pixel kat:
1. Sales page (CA1 - Audience serupa Arumugam,Burhan,Chong)
2. Bahagian penerangan harga (CA2 - Audience serupa Burhan, Chong )
3. Bahagian Terima kasih/ Pengisian bukti pembelian dsb (CA3 - Audience serupa Chong sahaja)
(Tak semestinya susunan jualan kau macam ni, ini sekadar contoh)

.
CA1 ni adalah custom audience yang menunjukkan minat kepada apa kau tawarkan.
CA2 ni adalah custom audience yang berhasrat nak beli produk kau
CA3 ni adalah custom audience yang dah beli produk kau
Ketiga-tiga audience ini, kau jadikan custom audience berbeza.
.
.
1. Nanti, kau buatkan lookalike audience berdasarkan CA3.
Kau sekadar guna post sama tadi sahaja untuk proses jualan kau.
Jika kau ada upsell, ada promosi murah dsb, kejar balik CA3 ni.
.
2. Kau hasilkan satu funnel jualan baru, sales page sama tapi bahagian penjelasan nilai/ harga, kau ubah sikit. Ini untuk kejar audience serupa CA2 (Burhan,Chong).
Namun, untuk elakkan pembaziran, EXCLUDEkan audience CA3 (Chong shj) kat bahagian audience di ads manager. Jadi, kat sini kau hanya mengejar audience serupa BURHAN SAHAJA.
.
3. Kau hasilkan satu funnel jualan baru dimana sales page perlu diubah agar ia menepati hasrat orang serupa ARUMUGAM SAHAJA.
Penawaran mungkin perlu ditingkatkan lagi agar dia klik butang Buy Now.
Caranya adalah dengan buat iklan, sasarkan kepada CA1 (Arumugam, Burhan, Chong) dan EXCLUDEkan CA2 (Burhan, Chong).
.
.
Gunakan langkah di atas untuk mencari audience baru.
Ulangi langkah di atas untuk menangani audience berbeza-beza.
Letupkan jualan kau dengan mengejar HANYA audience targeted, dan kejar mereka berdasarkan ciri spesifik mereka.
InsyaAllah, kau akan dapat buat jualan kepada 100% audience yang masuk dalam website kau tadi. :P
(Kecuali ada audience yang masuk walaupun tak minat apa kau tawarkan, ini kesilapan di bahagian umpan kau)
.
.
KESIMPULAN
Ada banyak lagi tapi cukup setakat ini.
Jika tak ada budget nak buat website atau tak mahir, kuasai ilmu audience yang aku sebutkan dalam nota sebelum ini.
Sekadar buat kat fanpage, group untuk pancing prospek.
Budak darjah 6 pun boleh buat asalkan mereka fokus. SERIUS.
.
Jumpa lagi dalam nota-nota lainnya.

No comments:

Powered by Blogger.