Bagaimana Nak Letupkan Sales 100% Dengan Menyemak Pertindihan Audience?

August 10, 2017


BAGAIMANA NAK LETUPKAN SALES 100% DENGAN MENYEMAK PERTINDIHAN AUDIENCE?

Sebelum ini aku ada berkongsikan kepada kau nota tentang topik custom audience pelbagai, juga nota tentang menjalankan iklan serentak.
Untuk nota kali ini, aku berikan kau sedikit penambahan ringkas untuk menyemak pertindihan audience kau mungkin ada.
.
Tools ini ada di dalam Ads Manager, ia dinamakan "Audience Overlap".
.
.
CARA NAK BUAT?
Caranya adalah dengan masuk ke ads manager,
- Pilih All Tools,
- Audiences
- Pilih Audience yang nak dibandingkan (Tick dalam kotak)
- Actions
- Show Audience Overlap

.
.
KEGUNAAN? PENTING SANGATKAH?
Tools ini sebenarnya untuk mengelakkan pembaziran (kos jadi mahal) dan juga mengelakkan persaingan iklan dari diri kita sendiri seandainya kita menjalankan beberapa kempen iklan serentak.
.
Boleh baca sekali lagi Nota ini.
.
Sebagai ulangan tambahan:
Katakan kau ada 3 custom audience, dan masing-masing untuk ketiga-tiganya, kau nak hantar iklan sama.
Contohnya, custom audience daripada senarai email, pengunjung website dan juga likers page.
.
Setelah membuat semakan, kau menemui beberapa pertindihan audience.
Berikut adalah beberapa contoh tindakan kau boleh buat:
.
CONTOH 1
90 % audience daripada custom audience pengunjung website sama dengan likers page.
Pertindinhan ini menjelaskan bahawa kau boleh elakkan untuk menjalankan dua kempen dengan isi iklan sama serentak kepada dua audience ini.
Sebabnya, audience tersebut agak sama. Kau tak nak iklan kau bersaing antara satu sama lain.
.
.
CONTOH 2
60% audience daripada likers page kau adalah mewakili 80% audience subscriber email kau.
Ini menunjukkan, likers page kau ada potensi tinggi untuk ditukarkan kepada subscriber email kau - di mana kau tahu, email marketing adalah nadi bisnes untuk kebanyakan perniagaan.
Jauh lebih murah untuk pengiklanan, dan jauh lebih berkesan jika nak one-to-one dengan prospek kau.
.
Pada masa sama, kau juga sedar bahawa 20% subscriber kau mungkin tidak kenal page kau. 20% ini mungkin boleh ditukarkan kepada likers page kau dan menjadi rangkaian yang mana akan mengembangkan lagi ketepatan data lookalike audience kau nanti.
.
Berdasarkan matematik, semakin besar data, semakin tepat sisihan purata kita dapat - iaitu, semakin tepat audience kita dapat. Targeted audience.
.
Caranya, promote page kau kat dalam email-email blast tu.
.
.
CONTOH 3
Kau menemui tiada pertindihan ATAU terdapat 20% sahaja pertindihan antara 'custom audience likers page' dengan 'custom audience pembeli produk' kau.
.
Ini MUNGKIN bermakna, 'custom audience likers page' kau mungkin data tercemar. Mungkin ramai abang Bangladeshian dan Ugandian yang menjadi likers page kau. So, kau mungkin perlu elakkan diri daripada menggunakan audience 'likers page' ini untuk iklan-iklan kau.
.
.
KESIMPULAN
Menyemak pertindihan audience ini adalah untuk orang yang rajin. Untuk orang yang malas, boleh sahaja abaikan.
Namun harus ingat, Facebook sendiri yang menyertakan tools ini jadi mesti ada kepentingannya yang kita tak boleh abaikan.
So, siapa yang main hentam letak interest page artis, page sifu bagai, main hentam pilih audience untuk iklan, pertimbangkan untuk filter audience masing-masing bagi mengelakkan kerugian, mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kesilapan membuat keputusan.
.
InsyaAllah, sales kau akan meletup 100% dengan melakukan semakan ini. :p
.
Diyakini, ada banyak lagi sebab lain yang MUNGKIN untuk mendesak kita menggunakan tools 'Audience Overlap' ni. Jadi, sentiasa bersedia untuk membuka mata dengan kemungkinan.
.
Jumpa lagi di nota lainnya.
.
.
Luqman Mikhail

No comments:

Powered by Blogger.