Bagaimana Masalah Boleh Bantu Tingkatkan Jualan Kau 100%

August 04, 2017

BAGAIMANA MASALAH BOLEH BANTU TINGKATKAN JUALAN KAU 100%
Selain daripada memudahkan orang, kau juga kena menyedarkan orang bahawa mereka ada masalah.
Sebabnya, jika prospek tak sedar mereka ada masalah, mereka berpotensi tak beli daripada kau.
.
Mungkin kau tak jelas, jadi aku jelaskan:
.
Untuk post ini, aku akan tunjukkan 3 masalah yang berpotensi membuatkan orang yang ada masalah nak cari penyelesaiannya.
.
.
Contoh 1:
=======
Pernah tak kau dapat banyak PM, tapi daripada 10 kau hanya dapat jual kepada 1 orang saja?
Pernah tak kau dah sehabis baik tunjuk semua kebaikan, harga produk tapi prospek tak jadi beli akhirnya?
Pernah tak kau dah guna macam-macam skrip close sale tapi kadar close masih rendah?
Pernah tak kau tanya diri kau mengapa jualan kau tak cecah 70% bagi setiap prospek yang hubungi kau?

.
Memperkenalkan, produk Seni Close Sale Gaya Guruh...
Membantu kau membina sales cycle untuk menjayakan proses close kau..
Membantu kau menghasilkan skrip yang tepat untuk setiap prospek yang datang...
Koleksi skrip menangani bantahan untuk 100 jenis situasi berserta contoh..
bla..bla..bla..

.
Orang yang selama ini syok bermimpi dengan jualan RM100,000 sehari, ternganga sebab sale RM100k dia ini didapatkan daripada 20% prospek yang menghubungi dia.
.
Dia ingat RM100K dah cukup hensem, sedar-sedar dia ketinggalan dalam skil close sale.
.
Dia sedar dia sebenarnya tak capai pun level 70% jualan sehari iaitu RM350,000 sehari!
.
Menyedari dia ada masalah, dia berpotensi besar untuk beli produk Seni Close Sale Gaya Guruh ini dsb.
.
.
Contoh 2:
=======
Pernah tak kau buat like marketing tapi yang kau dapat hanyalah like daripada warga asing dan abang-abang perwira tengah lautan dan pelindung sempadan negara?
Pernah tak kau rasa kecewa bila kau retarget likers kau, respon iklan sangat mengecewakan kerana audience kau sebenarnya tercemar?
Pernah tak kau rasa tak berbaloi, budget marketing yang kau boleh jadikan iklan menjual, habis pada like semata-mata?
Pernah tak kau jadi takut untuk buat iklan FBAds sebab risau akan rugi ini?
.
Memperkenalkan, teknik Retargeting Pixel Gaya Guruh..
Kau boleh hasilkan custom audience/ lookalike audience untuk retargeting..
Kau tak perlu guna website, tak perlu kumpul email/ nombor telefon..
Kau tak perlu add friend dan extract data guna app/software/ext yang kau tahu haram sebab mahal jika beli..
Kau boleh letak pixel dalam group whatsapp kau join, group FB bukan kau punyapun, Youtube, twitter...
Paling best, kau boleh buat dalam sehari (fresh data) dan tanpa kos..
bla..bla..bla..

.
Orang yang selama ini buat like marketing tapi bila beriklan tak banyak respon akan menyedari masalah dia hadapi sekarang ini..
Dia perlukan audience targeted untuk iklan-iklan dia, bukan abang Bangladesh atau Indonesia yang bukan pembelipun..
Dia sedar budget dia sikit, jadi cara percuma adalah pilihan tepat buat masa sekarang..
Dia sedar dia selama ini guna app ciplak, login palsu, jadi rezeki mungkin tersekat. Lagi-lagi kena jawab kat 'sana' kelak.
Dia sedar dia tiada masa nak add friend, gabung akaun untuk wujudkan page..
.
Menyedari masalah ini, dia berpotensi besar akan beli produk teknik Retargeting Pixel Gaya Guruh ni..
.
.
Contoh 3:
=======
Pernah tak kau tulis ayat iklan dah cantik tapi masih krik..krik..krik..
Pernah tak kau hanya dapat like, love tapi respon PM, Nak, PM Harga tak pernah ada untuk iklan kau?
Pernah tak kau rasa headline kau tak memukau?
Pernah tak kau rasa ayat copywriting iklan kau tak boleh viral pun sebab bunyi menjual tak sudah-sudah?
.
Memperkenalkan, Panduan CopyStoriWriting Gaya Guruh..
Menjelaskan kau 7 titik panas untuk kau jentik prospek kau..
Menunjukkan kau cara menulis ayat iklan berbentuk cerita yang boleh viral dan orang gila-gila nak kongsi..
Menjelaskan kau ciri story yang mana ramai akan terpaksa ciplak tanpa bagi kredit supaya dapat nama..
Sudah tentu, kau tak perlu ciplak, kau jadi original dan authoriti..
Teknik simple, malahan budak darjah 6 boleh lakukan mengikut format diberi..

.
Orang yang selama ini mengalami masalah iklan tak banyak respon 'pm' akan terjentik nak tahu
Dia tahu power copywriting jenis cerita sebab dia pun suka cerita, siap join group Confession lagi.
Dia tahu power jika iklan dia jadi viral dan dikongsi ramai orang.. Iklan viral. Fuh!
Dia memang sedar dia tak pandai menulis cerita, jadi jika ada format, insyaAllah dia boleh buat..
Itu difikirkannya..
.
Menyedari masalah yang dihadapi, dia berpotensi besar akan beli Panduan CopyStoriWriting Gaya Guruh ni..
.
.
.
PENJELASAN
============
Sesetengah orang, mereka ni memang tak sedar mereka ada masalah. Mereka dah rasa selesa dalam kedudukan mereka sekarang, jadi nak usaha lebih, nak ambil risiko dah jauh dari otak mereka.
.
Jadi, bila mereka dibentangkan masalah yang mereka tak sedar ini, mereka akan tersentak, mata terbuka dan mereka mulai memberi respon.
.
Daripada status bukan prospek, mereka kembali jadi prosek. Mereka akan keluar dari zon 'selesa' tadi, kerana mereka dah sedar, mereka sebenarnya tak selesa mana.
.
Semudah itu.
.
.
Contoh Lain:
PRODUK MAKANAN -
Jangan terlalu fokus kepada masalah tipikal seperti memudahkan prospek nak buat, jimat masa dan harga dan sebagainya. Pesaing kau pun berpotensi berfikir benda obvious yang sama.
.
Fikirkan juga poin untuk orang yang tak pernah lagi rasa makanan kau jual. Hidden prospect. Manatahu ada 1 juta orang lagi tak pernah rasa makanan kau sebab takut tak sedap, takut pedas, takut berbau.. Kau jelaskan masalah takut pedas, dan kau bagi penyelesaiannya, makanan kau ada option tak tambah cili. :P
.
.
PRODUK KESIHATAN -
Jangan fokus sangat kepada masalah penyakit si pesakit untuk jual produk Shaklee kau. Fikirkan juga masalah si penjaga pesakit ni.
.
Kau kena faham, pengguna produk kau adalah orang sakit, mungkin dia tiada mood pun nak tengok FB, tapi orang yang jaga dia?
.
Dahlah dia kena jaga orang sakit, tak dapat tengok drama Melayu dengan tenangnya.
.
Manatahu, si penjaga ni selalu pujuk hati dia, belek-belek wall Facebook.
Bayangkan dia ternampak iklan penawar kau - yang boleh menyelesaikan masalah dia, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit si pesakit.
.
Logik dalam kepala dia memberitahu, jika si pesakit sembuh, dia tak perlu dah jaga si pesakit ini.
.
Maka, dapatlah menonton drama anak jutawan kahwin gadis miskin dengan gembiranya.
..
Dan banyak lagi.
.
.
KESIMPULAN
============
Selain daripada memikirkan kemudahan yang kau boleh bawa untuk prospek sedia ada kau, sesekali pertimbangkan untuk memikirkan masalah yang prospek kau mungkin hadapi, atau prospek tersembunyi yang kau tak sedar wujud.

Main dengan isu masalah ini dan insyaAllah ramai yang akan beri respon kat iklan kau dan mungkin juga beli daripada kau.

P/S Produk-produk Gaya Guruh ini hanya contoh. Tolong jangan saman aku jika kau menggunakan jenama 'Gaya Guruh'. :)

No comments:

Powered by Blogger.