Boost Iklan Serentak, Kenapa Hasil Tak Memuaskan?

August 09, 2017


BOOST IKLAN SERENTAK, KENAPA TAK PERFORM?
Pernah tak kau terfikir, mengapa iklan kau tak perform?
Pernah tak kau tertanya, apa cadangan mengatasinya?
Post ini mungkin boleh bagi kau idea serba sedikit.
.
.
Aku tahu, mesti ada di kalangan kita yang boost iklan serentak untuk bisnes mereka. Aku juga tahu, mesti ada yang dapat result positif dan juga negatif.
.
Persoalannya, apa yang silap?
Kenapa ada yang positif dan negatif?
.
Mari kita kupas bersama.
.
SITUASI:
Sebuah page menjual pakaian lelaki, kanak-kanak dan wanita menjalankan 3 iklan serentak dan mendapat hasil negatif.
Persoalannya, mengapa?
.
Di bawah ini adalah kemungkinannya dan cara mengatasi:
.
i. Audience Iklan Sama
Untuk mendapatkan hasil iklan yang memuaskan, sebaiknya elakkan mutual audience.
Mutual audience ini merujuk kepada pertindihan audience untuk iklan yang sama, dimana, dua atau ketiga-tiga iklan disasarkan kepada audience sama.
Sebaiknya, pecahkan audience agar tiada pertembungan berlaku.
Contohnya, sasarkan satu iklan kepada lelaki berkerjaya sahaja, satu kepada wanita berkerjaya sahaja dan satu lagi kepada golongan ibu.
.
Dengan cara ini, insyaAllah
+ tiada pertembungan audience berlaku
+ persaingan antara iklan sendiri juga tidak berlaku
+ Kos lebih murah
.
.
ii. Audience Tepu
Sesetengah orang masih lagi bergantung kepada interest Facebook.
Daripada 1000 peniaga newbie, 90 orang berpotensi akan menggunakan interest sama - page gedung pakaian, artis meletup, page hiburan etc.
.
Akibatnya, iklan 90 orang ini akan bersaing antara satu sama lain untuk mencapai audience sama.
.
Audience yang menerima iklan-iklan pakaian ini setiap hari akan menjadi lali dengan iklan pakaian yang tipikal. Maka, mereka dah tidak berminat untuk komen, untuk like post berkenaan.
.
Dicadangkan untuk mewujudkan audience targeted kita sendiri. Jangan bergantung sangat kepada interest Facebook semata-mata.
Gunakan fungsi custom audience dan lookalike audience. Rujuk nota2 sebelumnya.
.
.
iii. Budget
Harus difahami, budget memainkan peranan dalam iklan Facebook, sebab Fb Ads ini berdasarkan sistem Bid. Siapa bid lebih, iklan dia berpotensi tinggi untuk diutamakan.
.
Pada masa sama, budget besar akan mencapai reach besar, manakala budget kecil akan reach sejumlah kecil audience sahaja.
.
Jika 3 iklan tadi sekadar mencapai audience sama, sebaiknya ia dijadikan satu iklan sahaja untuk mendapat capaian lebih besar.
.
Atau, bid tinggi sikit daripada yang dicadangkan oleh Facebook.
Untuk kebanyakan masa, tidak selalu, Facebook tidak akan mengambil nilai bidaan kita tapi kurang daripada itu. Namun, ini adalah bergantung kepada performance iklan kita.
.
.
iv. Iklan
Sudah tentu, performance iklan itu bergantung kepada iklan itu juga.
Jika copywriting hancur pun tak guna juga.
Jika offer tak memukau pun tak ada maknanya juga.
Jika ianya bosan pun akan menyebabkan performance merosot juga.
.
Sebaiknya, buat iklan yang memang sesuai untuk audience yang disasarkan. Untuk pakaian tak kiralah beg tangan sekalipun, cantik adalah titik panas paling utama untuk buat orang memberi respon. Offer hanyalah pengeras. Biasanya macam tu. So, iklan tu cantik ke tak?
.
.
v. Lain-lain
Dari segi teknikal,
- setting iklan tu macamana?
- Ada buat split test tak untuk jenis iklan, medium, audience, location?
- Buat video atau koleksi gambar atau sekadar text sahaja?
- CTA minta komen atau minta whatsapp atau tak ada CTA langsung?
- dan sebagainya
.
Dari segi experience
- Dapatkan mentor. Tiada orang yang sempurna.
.
Dari segi kerohanian
- Rezeki ni bukan sifu marketing seorang yang tentukan. SERIUS.
.
.
KESIMPULAN
Ada banyak sebab lagi yang boleh difikirkan kenapa 3 iklan serentak daripada satu page sama boleh mendapat hasil yang kurang memuaskan.
Sebab itu mungkin kita tak jumpa lagi, atau mungkin dah jumpa tapi kita tak sedar kewujudannya.
.
Ringkasan:
- Pastikan audience tak bertindih
- Bina audience sendiri
- Atur budget sebaik mungkin
- Baiki iklan dari segi headline, isi, CTA dll
- Jangan kedekut melabur untuk ilmu, dan sentiasa ingat rezeki datang dari mana.
.
.
#SHARE dan beri respon agar aku kuat untuk berkongsi.
Sebab aku macam dah nak berpindah kat email balik dah ni. :p

No comments:

Powered by Blogger.