Tak Perlu Susahkan Diri Kalau Tak Perlu

August 09, 2017



TAK PERLU SUSAHKAN DIRI KALAU TAK PERLU
Dalam sesetengah benda ni, kadang-kadang kita tak perlu susahkan diri kita.
.
Ada sesetengah benda ni kita boleh buat dengan mudah, asalkan kita ambil masa bertenang, kaji/ siasat betul-betul apa yang kita tengah buat.
.
Contoh 1
Nak upload fail csv untuk custom audience.
Jika berterabur lepas dah save dan sebagainya, lebih baik kita guna je option COPY & PASTE.
Tak ke mudah tu?
.
Contoh 2
Nak buat gambar menarik untuk tujuan marketing halus dalam page.
Buat kat canva. Pilih format, upload gambar, tambah tulisan.
Free, mudah dan berkesan.
.
Contoh 3
Nak penuhkan page dengan tips dan content berguna berkaitan produk.
Share content orang lain tak kira blog, video, atau FB Post - bagi respon untuk originaliti.
Tak perlu 'curi', share dah cukup. Terima kasih dapat, berkat pun dapat. InsyaAllah.
.
Contoh 4
Nak beriklan tapi budget sikit.
Samada kita gunakan sepenuhnya personal branding (kat personal acc), atau kita atur baik-baik kempen pengiklanan kita.
Jangan gelojoh nak menjual, sharing is caring.
Bila kita memberi, orang pun akan cenderung untuk memberi balik kat kita.
Kecuali orang spesis tertentu, kau jauhkan diri - tu leecher.
.
Contoh 5
Nak buat banyak benda tapi software tak ada.
Jika ada budget, belilah power point. Power point boleh buat macam-macam termasuklah ebook cantik atau video.
Kalau tak cukup budget, boleh pergi cyber cafe yang ada power point.
Kalau tak cukup juga, dapatkan software opensource. Free.
Jangan biasakan diri dengan cetak rompak, takut rezeki kau sangkut.
.
Contoh 6
Nak buat website.
Aku beli domain je, hosting aku guna blogspot.
Web www.luqmanmikhail.com yang cun tu, aku bayar RM40 je setahun untuk domain.
Aku je kot perasan tu cun, tapi isi dia Alhamdulillah buat jumlah pengunjung tinggi je setiap bulan cecah ribu-ribu.
Aku tak keluar budget lagi untuk bawa trafik setinggi tu.
Kau cari theme percuma bagi cantik, cari yang already SEO Optimized untuk memudahkan.
Nak ranking, rujuk nota aku berkenaan keyword.
.
Contoh 7
Nak viral.
Fokus kepada masyarakat. Bila ianya berkaitan dengan masyarakat, masyarakat akan respon.
Fokus kepada maruah di tukang share. Samada jadikan dia hero, atau jadikan dia seorang yang kelihatan warak dan mulia.
Tak semestinya itu, tapi kau fahamlah kan, tiada orang nak share sesuatu yang membuatkan dia nampak buruk.
.
Contoh 8
Nak Dikenali oleh orang tertentu.
Kau kenalah muncul dalam life orang tertentu tu.
Tak semestinya kau kena tunjuk muka, cukup sekadar kau komen di status dia atau kau share dan beri refleksi akan status dia (tag jangan lupa. :P).
Jadikan diri kau unik, baru orang akan ingat.
Ini tidak, orang komen terima kasih, kau pun komen terima kasih. Orang respon, terbaik! kau pun terbaik juga.
Orang komen 'cantik', kau pun komen 'cantik'
Kau tak terfikirpun buat sajak pun untuk orang tertentu yang kau suka tu perasan kau yang unik dalam berjuta tu.
Apa kata kau belajar mulai hari ini untuk beri komen lain daripada lain. Yang memberi kau identiti, yang mewakili diri kau.
Aku pernah buat benda ni dulu, siap blogger popular ni tributekan nama pena aku dalam satu post panjang.
Tak perlu bayar satu sen dah dapat tribute. Hmm.. Tu belum tunjuk muka lagi tu. :P
.
.
Cukup setakat ni.
Semoga post ini beri kau inspirasi dan motivasi untuk sentiasa mengambil masa membuat pilihan terbaik.
.
Jumpa lagi dalam post seterusnya.
.
#SHARE untuk manfaat orang lain yang mungkin memerlukan.
InsyaAllah bila kau memberi, nanti kau dapat balik. Wuu.. Deep tu. :)

No comments:

Powered by Blogger.