3 TEKNIK FB ADS YANG KAU MUNGKIN TAK TAHU

.

1. YANG KAU BERIKLAN GUNA PAGE PRODUK DAH KENAPA?
KAN DAH MISS BNYK BENDA.


Biasanya orang akan lebih percaya kata-kata orang berbanding company.

Jadi, salah satu cara pengiklanan FB yang digunakan adalah menggunakan personal page.

Bukan personal account tapi page.

.

Cth: Syarikat menjual kain batik A.

Untuk mengajak orang melihat koleksi kain batik mereka,

syarikat A menggunakan page personal pekerja-pekerja wanita mereka untuk iklan.

Kalau tak pun, bos wanita atau isteri bos atau adik beradik perempuan bos.

Untuk produk lelaki, gunalah lelaki.

.

Biasanya menggunakan personal yg memiliki kriteria avatar prospek sasaran.

Tak pun, bayar jelah sorg dua pelanggan untuk guna nama mereka.

.

Jadi, suara dan cara penyampaian akan nampak dari orang senada dengan prospek.

Mereka insyaAllah akan mudah nak buka telinga.

.

.

2. SATU JE CUKUP, KALAU LEBIH2 TU HAL KAU

Company sesuatu produk membuat satu pertandingan atau sekadar pemberian bersyarat yang agak besar yang mampu menarik perhatian individu.

Istimewanya, hadiah HANYA SATU pemenang sahaja tapi yang respon adalah level fuyoo.

.

2a. Jika nak kejar balik orang yg respon - bagi hadiah besar yang berada dalam niche syarikat berkenaan.

Jika jual kasut wanita, bagi kasut wanita.

Jika jual jubah lelaki, bagi jubah lelaki.

Setiap yg respon dijangka adalah orang yang berpotensi menginginkan produk berkenaan.

Kejar mereka balik menggunakan custom audience.

.

2b. Jika sekadar nak ada, ala-ala McD dengan iklan sikit-sikit lama-lama habis,

bagi je hadiah besar yang memang masyarakat tergila-gila.

Contohnya,

produk latest Apple atau Samsung yang tak pandai terbakar sendiri.

Jangan lupa mentionkan nama produk anda,

bagi idea tu tertanam dalam otak orang yang kejar hadiah korang.

Ala-ala Subliminal Message daripada Disney.

.

.

3. PEDULI APA TARGETED LIKE KAT PAGE.
Pernah dengar orang boleh dapat like yang banyak gila untuk page?

Sudahlah banyak like, murah gila-gila pula tu.

BTW, LIKE banyak adalah untuk nampak popular, authority.

Masyarakat senang ter'trick' dengan social proof yang menggila.

.

Trick dia ala-ala macam ni, page kau biarkan banyak betul LIKE, tapi masa kau buat iklan, kau jangan target orang yang like page kau pula.

.

Kau target custom audience yang kau dah buat dari senarai pelanggan kau ada, atau orang yang pernah respon dengan video produk kau.

.

LIKE kat page kau tu sekadar nak beritahu orang, bahawa produk kau popular, ramai orang suka produk kau.

Social proof. Orang percaya.

.

Cara yang dilakukan untuk dapat like banyak ni adalah buat satu iklan simple, mudah, tak payah gambar cantik gila.

Sekadar satu gambar kosong background kuning, dengan perkataan simple dah cukup.

Contoh ayat simple, LIKE JIKA KAU SAYANG EMAK RAPAT-RAPAT.

.

Bak kata sesetengah orang, kata itu doa.

Orang yang like tu ala-ala mengaminkan doa untuk diri dia sendiri.

Siapa yang tak sayang emak dia, biarlah dia. Yang sayang emak ni ramai.

Kau targetlah benda yang confirm ramai akan sokong.

.

.

.

Moga perkongsian ini mudah untuk anda hadam. Korang nak mengaminkan doa aku tu, dipersilakan.
.
Join group Nota-Nota Emas Luqman Mikhail untuk ilmu lainnya. Kalau kau jumpa orang jual ilmu tu, kau smack down dia sikit.
--  https://www.facebook.com/groups/notanotaemas/
.
.
.
Amanah aku adalah untuk share kat korang,
Amanah untuk korang adalah share kat orang yang korang rasa akan bermnafaat daripadanya.
Sila Beri Komen!

0 Comments