SEBUAH KISAH YANG MENUNTUT KAU UNTUK MENAMATKAN ZAMAN HAMBA ABDI
.
Pada zaman dahulu, di Barat, ada seorang majikan kulit putih. Dia ada masalah dimana, hasil kapas yang perusahaannya keluarkan setiap hari adalah agak rendah.
Bagi setiap hamba kulit hitam yang dia miiki, secara purata, seorang hamba hanya boleh memenuhkan dua karung kapas sahaja sehari.
.
Oleh yang demikian, dia cuba untuk memikirkan satu cara, bagaimana untuk dia meningkatkan lagi hasil perusahaannya - iaitu, meningkatkan lagi jumlah penghasilan kapas per seorang hamba.
.
Jadi, dia pun menganjurkan satu pertandingan di kalangan hamba-hambanya.
.
.
Pertandingan tersebut adalah begini:
Pada hari Isnin sekian-sekian,
Bagi setiap karung kapas penuh yang dihasilkan oleh setiap seorang hamba, majikan tersebut akan memberikan 2 dollar tanpa banyak soal.
.
Nilai 2 dollar pada masa itu adalah agak tinggi, terutamanya untuk hamba.
.
Maka, pada hari Isnin yang dijanjikan, para hamba kepada majikan berkenaan mulai bekerja sehabis baik mereka, agar mendapat 2 dollar bagi setiap karung kapas yang mereka penuhkan.
.
Tamat waktu bekerja pada hari Isnin berkenaan, majikan tersebut mendapati bahawa kesemua hambanya telah berjaya memecahkan rekod masing-masing.
.
Ada hamba yang berjaya memenuhkan 10 karung walaupun sebelum ini hanya dapat penuhkan 5 karung per hari,
Ada hamba yang berjaya memenuhkan 5 karung walaupun sebelum ini hanya dapat penuhkan 2 karung per hari.
Keputusan itu sangat mengembirakan majikan berkenaan.
Hasil daripada perusahaannya pada hari itu saja telah meningkaat 500%!
.
Tanpa banyak soal, majikan berkenaan pun menghadiahkan para hambanya hadiah yang dijanjikan.
.
.
Pada keesokan harinya, untuk mendapatkan hasil seperti hari sebelumnya - 500% kenaikan,
hamba-hambanya disebat seandainya mereka gagal mencapai prestasi mereka pada hari Isnin berkenaan.
.
Sebab majikan tersebut sudah tahu akan tahap keupayaan hamba-hambanya dan dia mengharapkan mereka mencapai tahap tersebut setiap hari.
Bezanya kali ini, tiada lagi 2 dollar per karung.
.
Hamba-hamba berkenaan, hanya kerana mengejar benda berkilau untuk satu hari, terjerat selama-lamanya.
Bekerja pada kadar gaji sama, tapi kali ini untuk usaha yang jauh lebih besar lagi.
.
.
Tertanya-tanya apakah signifikannya kisah ini?
.
Begitulah halnya yang terjadi pada hari ini.
.
Peniaga yang menjadikan diri mereka hamba kepada pelanggan.
Pekerja yang menjadikandiri mereka hamba kepada majikan.
Mangsa menjadikan diri mereka hamba kepada pemangsa.
.
CTH:
Stokis tamak yang main harga, Pembeli berani ugut nak murah kerana sudah rasa harga rendah.
Akibatnya, agen2 bawah dia mati, dia terpaksa jual dengan margin untung rendah.
Last2 jualan menurun dan bisnes tutup sebab agen lari kepada pesaing.
Owner produk tertanya2 apa dah jadi?
.
ATAU
.
Designer lepasan diploma yang sanggup ambil upah murah gila untuk design banner sambil tunggu panggilan ambil degree.
Bila dia dapat tawaran degree, dia meninggalkan jejak harga murah untuk dia grad nanti dan dapat market gaji rendah - yang dia mulakan tanpa sedar.
Designer merendahkan kadar harga pasaran, menyerahkan diri sebagai hamba.
Bila dia bergraduasi, dia kekal menjadi hamba kepada jejak lama yang ditinggalkan.
.
ATAU
.
Atau pekerja yang sanggup menerima gaji tinggi, untuk kerja-kerja berat yang sepatutnya dilakukan oleh dua orang atau lebih.
Dia tak berani nak bersuara bahawa kerjanya itu berat dan membebankan dirinya yang seorang.
Akibatnya, dia inilah yang kerap terlepas waktu solat, dek sibuk dengan tugas2an yang bertimbun.
Jiwa terseksa, amal terseksa, bos dia dengan dia-dia sekali binasa kelak.
Paling tragis, dia ada penyakit yang sukar sembuh kerana kerja berat tu. Sakit tulang belakangla, kaki la.
.
Rajinkan diri baca Akta Buruh dan tengok andai majikan telah menjahanamkan hak diri sebagai pekerja.
Jika ada ciri2 dihambakan, laporkan saja kepada pihak yang berkenaan. :P
.
ATAU
.
Ada dogsxxt yang mencabul orang bawahannya. Si mangsa berdiam sebab takut hilang kerja.
Akibatnya, si mangsa kekal jadi mangsa dogsxxt berkenaan dan jumlah mangsa bertambah kerana penghambaan yang mangsa tidak hentikan sejak dari awal2 lagi.
.
.
KESIMPULANNYA
Tak tahulah jika kau faham atau tidak, tetapi satu je aku nak sampaikan, berhenti untuk menjadi agen menggalakkan amalan perhambaan ini.
Ia berlaku, dan bukan hanya kepada orang kulit hitam ratusan tahun dulu, kau juga berpotensi jadi hamba.
.
BTW, Rezeki ada di mana-mana, jika kau dihambakan sampai tahap kau kena tinggal solat atau kau jadi mangsa, sila kuatkan semangat dan jadilah hero.
Sila Beri Komen!

0 Comments