KEMUNGKINAN Punca Kau Tak Kaya-Kaya Setelah Bertahun Berniaga

Ramai orang selalu menyalahkan benda lain, perkara lain dan BUKAN DIRINYA SENDIRI untuk sebab mengapa dia tak kaya-kaya sampai sekarang.

Ini bukan tuduhan melulu, malahan untuk kebanyakan masa, ini adalah kebenaran.

Malahan, untuk kebanyakan masa, mereka yang menafikan kebenaran inilah yang akan kekal dalam keadaan mereka sekarang ni. MISKIN kata orang kaya.

Masih tertanya-tanya Mengapa kau masih tak kaya-kaya walau dah lama berniaga?

Ini mungkin jawapannya:



1. U R THE REASON

Aku kenal ramai peniaga yang kecewa sales dia sedikit berbanding pesaing.

Namun, untuk kebanyakan masa, dia akan salahkan pesaing dia main harga, pesaing dia jual murah, pesaing bagi diskaun tinggi gila dsb. Namun, dia tidak pernah salahkan diri dia.

Jika dia banyak membaca, dia akan tahu bahawa HARGA BUKAN SEGALANYA.

Ada banyak benda yang membuatkan orang membeli selain harga.

Contohnya:
COD. Pesaing mungkin tak ada COD.
SERVIS SELEPAS JUALAN. Pesaing mungkin tiada suppport atau warranty yang lama.

KUALITI. Pesaing mungkin jual produk tak berkualiti sebab tu murah.
Dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, pesaing dia jual murah dan dia confirm kalah sebab tu saja.
Gila tak Gila?


2. PAY YOURSELF FIRST LA..

Salah satu rules untuk kaya yang paling utama adalah: BAYAR DIRI SENDIRI DULU.

Ramai peniaga, bila menguntung, untung tu dia akan guna habis untuk makan, minum, hepi-hepi.

Dia tidak bayar diri dia supaya diri dia menjadi lebih baik.
Dia tidak pernah simpan sebahagian untung tu untuk buat untung.

Katakanlah kau untung RM1000 sebulan.

Kalau kau simpan RM200 setiap untung tu, dalam setahun kau dah ada simpanan RM2400. Membantu tak masa cemas?

Katakan bisnes kau menguntung RM1000 sebulan.

Kenapa kau tak hadiri kursus, seminar atau beli buku yang boleh improve diri kau dan bisnes kau?

Kau allocate RM300 setiap bulan, untuk improve diri/ bisnes kau - untuk potential menguntung kelak RM10,000 sebulan? Kenapa tidak?

Kenapa kau masih nak untung kecil-kecil ni? 
Kenapa kau masih nak stay di takuk lama ni?

Cuba tanya diri kau sendiri, adakah kau BAYAR DIRI SENDIRI dulu atau kau bayar orang lain terlebih dahulu dan duit habis macam tu saja.

Lepas tu kau salahkan takdir kau kekal di keadaan susah/ sukar dan mungkin juga MISKIN? Hmm..


Tiada masa nak baca sekarang?
Boleh download kat link di bawah n untuk dibaca kemudian.
Download:
Link 1 (Mediafire)
Link 2 (Google Drive)



3. WHY U NO FRIEND WITH ME?

Kalau kau mau jadi kaya, kenapa kau tidak bergaul dengan orang kaya?

Kenapa friendlist Facebook kau kebanyakannya yang susah hati sebab hidup dia susah gara-gara cukai naik?

Minyak naik? Facebook tukar algo?

Kenapa kawan Insta kau jenis yang sedih-sedang sebab masalah rumahtangga? 
Jenis yang bermasalah cinta dua remaja di bawah pokok pisang?

Kenapa kau.. Kenapa... Pergh! Sakit jantung.
Kau ni hidup ala-ala menanam benih.

Apa kau tanam, itulah kau tuai.

Kalau kau mahu jadi orang baik dari segi agamanya, berkawanlah dengan ustaz, ustazah, mufti, guru agama, budak baik.

Kalau kau mahu penuh ilmu bisnes, berkawanlah dengan guru-guru bisnes, seller yang hebat, guru motivasi yang baik.

Kalau kau mahu jadi kaya, berkawanlah dengan orang kaya yang share tentang kekayaan, cara kaya, hidup sebagai orang kaya, dan kebajikan yang orang kaya lakukan.

Pilihan di tangan kau. Tiada siapa paksa kau berkawan dengan siapa-siapa kau nak.

Tapi kalau kau masih miskin, dan kau rasa ekonomi buruk punca sales kau merundum. Kau salah kawan. SERIUS!


4. HEY U X2, I HAVE MANY RICH FRIENDS!

Kau jangan salah faham bila nak berkawan dengan orang kaya, kau kena berbelanja besar macam orang kaya.

Kau salah tempat belajar, kau confirm tak beli GUGEL JER, kan? Salah kau sendiri. :P

Setiap minggu Azizan Osman bercakap dengan aku.
Setiap bulan aku dengar Kiyosaki cerita pasal urus kewangan, pelaburan.

Setiap hari kot aku dengar Richard Branson cerita cara kerja dia.

Aku baca buku mereka. Biografi, autobiografi, kaligrafi?? Strategi.

Aku bacalah juga novel-novel Ramlee Awang Murshid, tapi suka hati akulah.
Haha...

So, daripada kau tanam benih-benih kegagalan hidup, masalah rumahtangga, masalah ekonomi daripada orang yang salah...

Kenapa kau tak berkawan dengan master sifu, sifu-sifu, sensei-sensei sekalian?

Proven winner yang make money masa orang kata ekonomi susah.

Proven winner masa orang kata cukai itu ini bikin susah.

My Friend, U STILL NO RICH?
U R THE REASON.


5. U CAN DO IT!

Jutawan, tak semua kedekut ilmu.

Ada ramai yang tak minta bayaran mahal untuk kau belajar dari dorang.

Kau sekadar beli buku dah cukup baik, andai kau masih tak mampu bawa makan RM100K per meja.
Dan, nasihat aku, jangan takut untuk melabur pada diri sendiri - untuk improve diri sendiri.

Tak kiralah kau nak melabur untuk kewangan diri dalam pelaburan teryakini macam ASB ke, atau Unit Trust ke..

Atau kau nak melabur untuk masa depan bisnes pergi Seminar IMKK, Adwords, FB Ads ke..
Atau kau beli buku-buku menambah ilmu ke...
Lakukannya.
Sebab untuk kau boleh menderma puluhan ribu kepada banyak rumah kebajikan, lepas tu bayar bil jiran tetangga macam dalam lagu ANDAI AKU KAYA TU...

DAN untuk kau boleh luangkan masa bersama keluarga, melancong, buat majlis makan, bagi orang susah makan masa Hari Raya dsb tu...

Kau kena jadi kaya.

Dan salah satu step dia ialah berfikirlah macam orang kaya berfikir.

Mereka menambah ilmu, setiap masa.

Kalau kau masih susah, Y NO CHANGE?



KATA-KATA AKU
Aku tahu ada sesetengah orang yang masih lagi susah nak habiskan walau sebuah buku dalam setahun.

Namun, aku sangat galakkan agar kau cuba dulu, one step at a time.

Pilih sebuah buku yang baik.
Luangkan 30 minit untuk membaca, atau habiskan satu chapter - setiap hari.
Jadikan ia kebiasaan.
Lama-lama kau akan jadi lebih laju, lebih pantas membaca.
Lama-lama jumlah buku kau baca akan bertambah.
Ilmu kau insyaAllah akan bertambah-tambah juga.

Jangan pernah salahkan nasib atau orang lain kalau kau susah.

Kau tiada masa untuk itu malahan, mungkin kau yang beri mereka ruang untuk jadikan kau kurang berjaya pada hari ini.

Kau yang bakal kaya dan berjaya penuh murah hati ni, kau hanya ada masa untuk menjadi diri kau yang lebih baik.

Menjadi versi diri kau yang terbaik yang kau impi-impikan dan bangga-banggakan.

U NO WASTING TIME, NO?

Semoga berjaya bakal juara.

P.S.: Jangan lupa subscribe mailing list
tribe aku untuk update PDF macam ni.

PPS: Jangan lupa beli Gugel Jer. :)






Amanah aku adalah sampaikan perkongsian ini. Moga ia masuk kedalam jiwa sanubari kau.

Amanah untuk kau adalah berkongsi perkongsian ini, moga ia menjadi pedoman mereka yang mungkin boleh bermanfaat daripadanya.

SHARE like a Rock Star!

P/S
Ingin simpan perkongsian ini dalam bentuk lebih menarik? Boleh download kat link di bawah ni:
Download:
Link 1 (Mediafire)
Link 2 (Google Drive)


Sila Beri Komen!

0 Comments